BM | EN | 中文

“Perdana Menteri tak berjiwa besar macam MB Johor dan Perak”

SHEIKH-‘UMAR-BAGHARIB-ALI.jpeg-1.jpg
Advertisement

KLUANG, 16 DIS: Perdana Menteri Tan Seri Muhyiddin Yassin dilihat tidak berjiwa besar seperti Menteri Besar Johor dan Perak, menurut Adun Paloh, Sheikh Umar Bagharib Ali.

Katanya, kedua-dua menteri besar itu dilihat lebih menyantuni wakil-wakil rakyat dari kalangan parti pembangkang termasuk layanan sama rata seperti penyaluran peruntukan.

Tambahnya, kredibiliti Tan Seri Muhyiddin Yassin yang turut merupakan Adun Johor menjadi rendah berbanding jiwa besar MB Johor yang dipamerkan menerusi pembentangan bajet negeri baru-baru ini.

Advertisement

“Yang mengecewakan ialah, PM tak berjiwa besar sepertimana MB Johor contohnya.

“Beliau (MB Johor) salurkan peruntukan kepada pembangkang dan beri layanan sama rata. Ini cerminan komitmen kearah penambahbaikan demokrasi dalam penjajaran baru politik kita.

“Bahkan, Tan Seri Muhyiddin Yassin juga tidak setanding MB Perak.

Advertisement

“Beliau telah mengundang sama pembangkang di negeri itu misalnya, untuk melawat pejabat malah memberi taklimat belanjawan kepada semua Adun merentasi perbezaan parti,” kata Sheikh Umar dalam satu kenyataan hari ini.

Kata Sheikh Umar, pembangkang memainkan peranan besar dalam proses semak imbang Belanjawan 2021.

Menurut beliau, dengan usaha ahli-ahli parlimen Pakatan Harapan dan beberapa yang lain, peruntukan tak masuk akal JASA (sekarang J-Kom) dapat dipotong.

Advertisement

“Sebagai menjunjung titah DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, pembangkang berusaha sedaya upaya menyemak belanjawan dengan teliti.

“Ini sesuai dengan tugas sebagai wakil rakyat dalam kerangka demokrasi berparlimen,” ujarnya lanjut.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top