JOHOR BAHRU, 5 SEPT: Dalam usaha untuk mengukuhkan hubungan dua hala, Perdana Menteri India Narendra Modi telah memuat naik status di Twitter dalam Bahasa Malaysia selepas perjumpaanya bersama Tun Dr Mahathir Mohamad.
“Telah mengadakan pertemuan yang baik dengan Tun. Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia. Kami berbincang mengenai hubungan dua hala antara negara kami dan cara mempelbagaikan kerjasama @chedetofficial,”katanya menurusi akaun Twitter miliknya @narendramodi.
@chedetofficial merupakan akaun Twitter rasmi untuk Perdana Menteri Malaysia, Dr Mahathir.
Status itu memiliki lebih dari 1,100 tweet semula (retweet), lebih 6,700 suka (likes) dan menerima respon baik dari para netizen.
Sebelum ini Narendra pernah memuat naik status dalam bahasa asal pemimpin-pemimpin dari Negara lain selepas menghadiri mesyuarat rasmi dengan mereka.
Johorkini