BM | EN | 中文

Percepatkan vaksinasi, utamakan warga emas – DAP Johor

Marina-Ibrahim-scaled.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 20 MEI: Kerajaan perlu memastikan pelaksanaan fasa kedua Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) disegerakan dan memastikan golongan warga emas menjadi keutamaan.

Penolong Setiausaha Publisiti DAP Johor, Marina Ibrahim berkata, program penerangan vaksin kepada warga emas perlu ditingkatkan dan dilakukan secara turun ke lapangan bagi meyakinkan mereka untuk mendaftar.

Ujarnya, selepas sebulan fasa kedua PICK, banyak rungutan daripada warga emas, pusat penjagaan dan anak mereka bahawa sehingga kini belum mendapat tarikh temujanji untuk suntikan vaksin melalui aplikasi MySejahtera.

Advertisement

“Dikhuatiri dengan proses vaksinasi yang terlalu perlahan akan mendatangkan risiko keyakinan golongan warga emas terhadap vaksin.

“Akibat terlalu lama menunggu, akhirnya mereka akan mula berfikir dua kali, dan apabila sampai giliran mereka untuk menerima vaksin, mereka akan membuat keputusan untuk tidak menerimanya.

“Apa yang lebih ditakutkan adalah sebelum sempat sampai giliran mereka, dengan varian virus yang semakin ganas, mereka sudahpun dijangkiti,” kata Marina dalam satu kenyataan hari ini.

Advertisement

Menurut Marina, dalam siri jelajah pendaftaran vaksin dibuat DAP Johor, pihaknya mendapati ramai warga emas tidak tahu apa itu vaksin dan keperluannya.

“Pihak Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Vaksin COVID-19 (JKJAV) dan Jawatankuasa Petugas Khas Imunisasi COVID-19 (CITF) perlu telus mengenai status pelaksanaan Fasa 2 PICK.

“Kenapa masih ramai golongan warga emas khususnya masih belum mendapat tarikh temujanji mereka walaupun Fasa 2 sudah sebulan berjalan?

Advertisement

“Berapa perincian jumlah golongan warga emas yang telah menerima suntikan vaksin setakat ini? soalnya lagi.

Berdasarkan angka Jabatan Perangkaan Malaysia 2020, terdapat 3.5 juta warga emas di seluruh negara dan golongan berisiko tinggi ini perlu diberikan keutamaan segera.

“Setiap hari kita melihat jumlah jangkitan yang tinggi di seluruh negara dan peningkatan jumlah kematian yang sebahagian besarnya melibatkan golongan warga emas.

Advertisement

Golongan berisiko tinggi khususnya golongan warga emas begitu terdesak untuk mendapatkan vaksin dengan segera.

“Ini terbukti apabila golongan warga emas sanggup untuk mendaftar bagi program pemberian vaksin AstraZeneca secara sukarela.

“Mereka terpaksa berebut untuk mendapatkan vaksin AstraZeneca sedangkan mereka sepatutnya menjadi keutamaan bagi Fasa 2 PICK.

Advertisement

“Lakukan segala apa yang boleh bagi memastikan bekalan vaksin sentiasa mencukupi.

Termasuklah memberi kebenaran kepada kerajaan negeri mendapatkan bekalan vaksin sendiri demi memastikan tiada lagi nyawa yang terkorban dengan sia-sia sementara menunggu giliran vaksin mereka tiba,” ujarnya lanjut.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top