BM | EN | 中文

Percepat proses vaksinasi: Upah graduan menganggur kerja sementara di PPV – MUDA Johor

muda-johor.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 19 JUL: Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) Johor mencadangkan kerajaan mengambil graduan menganggur untuk menjadi pekerja sementara di pusat-pusat pemberian vaksin (PPV).

MUDA Johor turut mencadangkan kerajaan membuka lebih banyak PPV bagi mempercepatkan proses vaksinasi Covid-19 bagi mencapai imuniti kelompok.

“Sebagai alternatif kami cadang untuk kerajaan mempercepatkan pemberian vaksin rakyat Malaysia dengan membuka PPV di setiap klinik kesihatan daerah dan desa termasuk klinik swasta yang dipilih mengikut daerah atau bandar dan membuatkan semua PPV untuk beroperasi lebih masa.

Advertisement

“Membuka banyak pusat PPV membolehkan kita mencapai imuniti kelompok secepat mungkin.

“Sekiranya kerajaan risau mengenai tenaga kerja untuk membuka lebih banyak pusat PPV, kerajaan boleh mengkaji untuk mengambil mahasiswa yang sukar mencari kerja untuk kerja pendaftaran dan kordinasi di PPV dengan memberi elaun dalam kadar yang munasabah.

“Ini akan membantu usaha meningkat pemberian Vaksin dengan kadar yang cepat.

Advertisement

“Kami harap kerajaan akan mengkaji perkara-perkara tersebut untuk menjamin kesihatan rakyat secara keseluruhannya,” kata MUDA Johor dalam satu kenyataan semalam.

Sehingga Sabtu, jumlah kumulatif dos didaftarkan di seluruh negara sebanyak 14.002 juta dos.

Ia membabitkan 4.431 juta atau 13.6 peratus populasi melengkapkan suntikan dua dos suntikan.

Advertisement

Manakala bagi dos pertama, sebanyak 9.47 juta atau 29.3 peratus populasi telah disuntik vaksin.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top