BM | EN | 中文

Percaturan jawatan penyelaras DUN usaha Umno kekang kekuatan Bersatu di Johor

ppbm-vs-umno.png
Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 30 APR: Percaturan pembahagian jawatan penyelaras kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) menunjukkan Umno Johor mahu mengekang kekuatan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di negeri ini.

Perkara itu didedahkan Adun Kota Iskandar, Dzulkefly Ahmad yang menyatakan bahawa susunan kerusi untuk Bersatu telah diaturkan secara halus.

Dalam pengiraan yang dinyatakan beliau, jelas menunjukkan Bersatu akan menghadapi masalah untuk berhadapan di kawasan DUN yang mempunyai pengundi mencabar pada pilihan raya umum akan datang.

Advertisement

Adun Kota Iskandar, Dzulkefly Ahmad

“Kerusi DUN yang ditandingi komponen Pakatan Harapan-PH (PKR, AMANAH dan DAP) sewaktu PRU 14 yang lalu adalah sebanyak 38 kerusi di mana PKR sebanyak 12 kerusi, AMANAH 12 kerusi dan DAP 14 kerusi.

“Jika Bersatu menjadi penyelaras bagi kawasan pembangkang (PH) untuk 7 DUN sahaja, maka Bersatu hanya mendapat 26 peratus sahaja kerusi daripada 27 kerusi yang dimenangi oleh PH (setelah seorang Adun PKR jadi bebas).

“Dalam kiraan tersebut kerusi selamat untuk Bersatu di dalam Perikatan Nasional (PN) hanyalah sebanyak 18 kerusi sahaja.

Advertisement

“Kerana 10 kerusi yang Bersatu tandingi dan kalah dalam PRU 14 dahulu belum tentu akan ditandingi oleh Bersatu kerana telah dimenangi oleh rakan mereka (PN) semasa PRU14.

“Ini menunjukkan bahawa Bersatu tidak akan menjadi parti yang dominan di dalam PN kerana percaturan politik Umno untuk mengekang Bersatu dari terus menjadi parti yang mempunyai suara kuat,” katanya.

Beliau turut membongkar strategi Umno untuk ‘memenangi hati’ rakan seperti Bersatu dengan memberikan jawatan penyelaras DUN Kota Iskandar kepada parti muda itu.

Advertisement

Katanya, kesanggupan Umno ‘melepaskan’ antaranya kerusi DUN Kota Iskandar kepada Bersatu membayangkan suatu muslihat.

“Potensi DUN yang dimenangi Umno, Bersatu dan Pas adalah 13 DUN yang sama.

“Daripada 13 DUN tersebut, Bersatu hanya memperolehi tiga DUN sahaja dan bakinya sepuluh adalah majoritinya milik Umno dan sedikit untuk Pas.

Advertisement

“Dikira dalam keadaan sekarang, kerusi yang dimenangi Umno sebanyak 14 dicampur 10 kerusi potensi itu sudah tentu Umno akan dominan dalam PN di Johor dengan 24 kerusi semuanya, manakala Bersatu hanya sekitar 14 kerusi,” katanya lagi.

Melihat kepada konteks itu jelas Dzulkefly lagi, PN tetap berhadapan keadaan sukar kerana kerajaan yang dibentuk pada masa ini adalah melalui ‘pintu belakang’ dan tidak mendapat mandat daripada rakyat.

“Tindakan mereka menjatuhkan kerajaan PH yang mendapat mandat rakyat pada PRU-14 dengan menubuhkan kerajaan PN merupakan suatu pengkhianatan,” kata Timbalan Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH) Johor itu lagi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top