BM | EN | 中文

Perbincangan maya secara kerap, atasi masalah Covid-19 rakyat Johor

cover-covid-johor-01.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 28 MEI: Rata-rata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor yang menghadiri perbincangan secara maya berkenaan COVID-19 yang diadakan pertama kali semalam memberikan komen positif mengenai sesi perbincangan itu, dan berharap ia diadakan Iebih kerap, dengan tempoh perbincangan dipanjangkan.

Speaker Dewan Undangan Negeri, Suhaizan Kaiat berkata perbincangan itu Iebih menyentuh secara menyeluruh mengenai pelbagai aspek meliputi pengurusan pandemik COVID-19 di negeri itu.

Beliau berkata mesyuarat yang dipengerusikan Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohammad itu antara lain ia menyentuh mengenai proses pemberian vaksinasi, pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dan pelbagai lagi isu berkaitan.

Advertisement

“Seperti kata Menteri Besar, mesyuarat seumpama ini akan diadakan lagi pada masa hadapan, jadi saya harap akan Iebih kerap dan tertumpu kepada isu yang lebih fokus kepada warga Johor dan tumpuan kepada jalan penyelesaian,” kata beliau ketika dihubungi Bernama.

Perbincangan semalam diadakan susulan titah Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar yang mahukan supaya semua ADUN berbincang dan memberi buah fikiran yang bernas dalam usaha menangani pandemik dan menyejahterakan rakyat.

Difahamkan, perbincangan secara maya itu berlangsung selama Iebih tiga jam.

Advertisement

Sementara itu ADUN Skudai, Tan Hong Pin berkata tempoh masa perbincangan yang diperuntukkan dalam mesyuarat semalam dilihat sangat singkat dan seharusnya perlu mengambil masa yang lebih panjang memandangkan Johor mempunyai 56 kerusi ADUN.

Pengerusi Pakatan Harapan Johor Aminolhuda Hassan berkata pertimbangan bagi perolehan sendiri vaksin akan membolehkan Iebih ramai lagi rakyat Johor divaksinasi dengan Iebih awal untuk mengelakkan Iebih banyak kematian akibat COVID-19.

Beliau yang juga ADUN Parit Yaani merangkap Pengerusi Amanah Johor itu berkata peruntukan bagi memperolehi vaksin berkenaan sebagai contoh boleh menggunakan Rizab Tunai Negeri Johor atau Tabung Amanah Warisan Negeri Johor bagi menampung pembelian vaksin kerajaan negeri.

Advertisement

“Selain itu kerajaan negeri antara lain perlu mempertimbangkan untuk membenarkan majikan menampung kos vaksinasi untuk pekerja masing-masing,” kata beliau dalam satu kenyataan.

Terdahulu, Hasni berkata kerajaan negeri menggunakan beberapa pendekatan termasuk bekerjasama rapat dengan Kementerian Kesihatan (KKM), Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan semua pihak berkaitan untuk proses mendapatkan vaksin termasuk sedang berusaha mendapatkan bekalan vaksin sendiri seperti membeli dari Singapura.

Selain itu, beliau turut mengumumkan peruntukan tambahan RM2.8 juta kepada semua 56 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Johor dalam usaha kerajaan negeri menangani pandemik COVI D-19 negeri.

Advertisement

Bernama

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top