BM | EN | 中文

Perbincangan berkaitan projek RTS dilanjut sehingga 31 Julai

RTS-wikipedia.jpg

Grafik Wikipedia

Advertisement

JOHOR BAHRU, 2 MEI: Kerajaan Malaysia dan Singapura bersetuju untuk melanjutkan perbincangan mengenai perjanjian dua hala projek Sistem Transit Rapid (RTS), yang menghubungkan Johor Bahru dan Singapura, sehingga 31 Julai 2020.

Perkara itu dinyatakan oleh Menteri Pengangkuran Datuk Seri Wee Ka Siong bahawa perbincangan mengenai status perjanjian dua hala ini secara terperinci dan berterusan akan dilakukan dengan rakan sejawatnya dari Singapura, Khaw Boon Wan.

“Kami telah mencapai kesepakatan bersama untuk melanjutkan perbincangan mengenai perjanjian dua hala projek RTS ini sehingga 31 Julai 2020 iaitu tiga bulan selepas tarikh yang sepatutnya dimuktamadkan sebelum ini, 30 April 2020,” katanya.

Advertisement

Kata Wee, banyak sektor ekonomi dan sosial terjejas berikutan krisis pandemik COVID-19, sama ada di Malaysia mahu pun negara-negara jiran, termasuk Singapura.

“Memandangkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sedang dikuatkuasakan di Malaysia dan Langkah Pemutus Litar di Singapura, maka perbincangan dua hala mengenai Projek Sistem Transit Rapid (RTS) antara Johor Bahru dan Singapura turut terkesan,” tambah beliau.

Kata Ahli Parlimen Ayer Hiram itu, kedua-dua negara yakin bahawa perbincangan yang mungkin akan dilakukan secara televideo sekiranya perlu, dapat diselesaikan dalam masa tiga bulan akan datang sehingga projek RTS ini dapat diteruskan.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top