BM | EN | 中文

Perbezaan pandangan adalah lumrah, namun sentiasa terbuka terima idea – MB Johor

Khaled-Nordin-Hasni-Mohammad.jpg

Hasni Mohammad (kanan) : Gambar Ehsan Yahoo News Malaysia

Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 4 JUN: Perbezaan pendapat atau pandangan adalah lumrah, apatah lagi dengan wujudnya pelbagai parti-parti politik yang mewakili rakyat di seluruh negeri Johor.

Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohammad berkata, walaupun berbeza pendapat namun jika berlandaskan matlamat yang baik untuk membantu serta menjaga kepentingan rakyat dan negeri, ia mampu menzahirkan hasil yang baik dan memberi manfaat.

“Apa yang amat saya harapkan daripada semua pemimpin, sama ada dalam blok kerajaan atau pembangkang berganding bahu bersama-sama saya.

Advertisement

“Saya tidak mampu melakukan tugas ini seorang diri atau hanya bersama-sama barisan Exco yang ada, namun memerlukan sokongan dan kerjasama daripada semua pihak, termasuk agensi kerajaan dan swasta serta rakyat Johor,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Hasni yang juga Adun Benut berharap wakil rakyat di negeri ini menyelami, memahami serta mematuhi titah DYMM Tuanku Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar supaya sentiasa mendahulukan kepentingan rakyat.

Katanya, baginda Tuanku turut memberi amaran bahawa tidak teragak-agak untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi memberi laluan mengadakan pilihan raya negeri yang baharu.

Advertisement

“Apakah ini yang kita mahukan sedangkan kerajaan negeri pimpinan PN gigih berusaha memulihkan semula negeri ini?

“Sudahlah rakyat sedang menderita, usahlah heret mereka lagi ke dalam kancah politik yang tidak menentu,” kata Hasni sambil menambah rakyat sudah terbeban berdepan situasi pasca pandemik Covid-19 dan memerlukan kestabilan politik untuk memajukan negeri ini.

Beliau turut berharap semua barisan Exco dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) untuk bersama-sama membantu membangun serta memulihkan semula ekonomi negeri Johor.

Advertisement

“Marilah kita berganding bahu dan menggembleng tenaga menjayakan misi menjadikan Johor sebagai kuasa ekonomi baharu di selatan tanah air.

“Johor ini milik kita semua. Marilah bersama-sama saya majukan dan jaga Johor untuk kita,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top