BM | EN | 中文

Perbadanan Wakaf Selangor sumbang alat perubatan kepada empat hospital

perbadanan-wakaf-selangor.png
Advertisement

SHAH ALAM, 18 JUL: Perbandaran Wakaf Selangor menyumbang 55 kerusi roda dan 10 tilam angin (ripple mattress) kepada empat hospital di negeri ini kelmarin sebagai sokongan kepada petugas barisan depan dalam menangani Covid-19.

Menurut Majlis Agama Islam Selangor (Mais), anak syarikatnya itu memberi peralatan perubatan menerusi inisiatif bantuan fisabilillah dari wakaf tunai dan wakaf warga kerjanya.

“Keseluruhan barangan telah diserahkan, ia merangkumi Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang, Hospital Tanjung Karang dan Hospital Tengku Ampuan Jemaah Sabak Bernam masing-masing menerima 15 kerusi roda.

Advertisement

“Manakala Hospital Kuala Kubu Bharu pula 10 kerusi roda serta 10 tilam angin,” menurut kenyataan agensi itu, lapor SelangorKini.

Wakaf Selangor mengucapkan terima kasih kepada semua pewakaf di agensi itu dan berharap lebih ramai pihak melakukan jariah berkenaan bagi memastikan lebih ramai dapat dibantu.

Sumbangan wakaf boleh dibuat melalui Wakaf Selangor Online dengan melayari https://fpx.wakafselangor.gov.my/ewo_login.asp dan mendaftar melalui Portal User atau boleh berwakaf melalui aplikasi Tulus dan SnapNPay.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top