BM | EN | 中文

Perbadanan Usahawan Johor lancar kajiselidik kesan Covid-19 kepada perniagaan

PUJB.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 23 FEB: Perbadanan Usahawan Johor Sdn Bhd (PUJB) kini sedang menjalankan kaji-selidik berkenaan impak dan kesan penularan Covid-19 (Coronavirus) keatas perniagaan di negeri ini.

PUJB dalam satu kenyataannya memaklumkan kajian tersebut adalah bagi mendapatkan input selain mengenal pasti sejauh mana penularan coronavirus memberi kesan kepada perniagaan di negeri.

“Perbadanan Usahawan Johor Sdn Bhd sedang menjalankan kaji-selidik berkenaan impak dan kesan penularan COVID-19 (Coronavirus) keatas perniagaan anda.

Advertisement

“Oleh itu, pihak kami memohon jasa baik Tuan / Puan untuk melengkapkan kaji-selidik ini di pautan dibawah,” menurut kenyataan dikeluarkan PUJB, 20 Februari lalu.

Antara maklumat yang diperlukan bagi mengisi borang kajiselidik tersebut antaranya ialah daerah di Johor dimana perniagaan dijalankan, jenis perniagaan, kesan penularan Covid-19 dan langkah oleh kerajaan yang boleh membantu mengurangkan kesan keatas perniagaan.

Para usahawan di negeri ini boleh mengisi maklumat berkaitan melalui pautan berikut : https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfD6QvbXGCVzbnb-gc8hPknn3eVjtlg3YNAdbyfERHZmezJXQ/viewform?fbclid=IwAR16dEKs_GZhwAV-KAWkmWchLJphmnL3ECmec-KnZ7f-0U5gKm1CLKmdOvQ

Advertisement

Terdahulu, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Kementerian Kewangan (MoF) dan Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (MEA) akan melihat impak penularan coronavirus sebelum menentukan jumlah pakej rangsangan ekonomi bagi membantu sektor terjejas.

Ketika ini MITI, MoF dan MEA sedang merangka langkah yang boleh diperkenalkan bertujuan membantu pihak industri dalam usaha menangani impak coronavirus terhadap perniagaan mereka.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top