BM | EN | 中文

Peras ugut dengan tawar khidmat seks atas talian, Polis tahan lelaki di Pontian

PDRM-Polis.png
Advertisement

PONTIAN, 23 JUL: Polis menahan seorang penganggur bagi membantu siasatan berhubung kes peras ugut melibatkan tawaran perkhidmatan seks secara dalam talian dalam serbuan di Pontian, semalam.

Ketua Polls Daerah Barat Daya, Pulau Pinang Supt Kamarul Rizal Jenal berkata suspek berusia 24 tahun itu ditahan selepas laporan polls dibuat oleh seorang lelaki di sini, yang menjadi mangsa peras ugut sehingga mengalami kerugian RM450 dalam kejadian pada 16 Julai lepas.

Beliau berkata pekerja kilang berumur 20 tahun itu menjadi mangsa apabila diperas ugut semasa cuba melanggan pakej perkhidmatan seks secara dalam talian, dan susulan penahanan suspek di Pontian, polls merampas sebuah telefon bimbit, sekeping kad ATM serta 28 keping kad sim.

Advertisement

“Susulan penahanan lelaki itu polls berjaya menyelesaikan empat kes membabitkan kejadian Pulau Pinang serta Selangor, dan siasatan mendapati suspek telah menjalankan kegiatan itu sejak 2019 dengan memperoleh keuntungan sekurang-kurangnya RM34,000, katanya ketika dihubungi hari ini.

Kamarul Rizal berkata suspek yang mempunyai satu rekod jenayah serta dua rekod kesalahan narkotik direman tiga hari untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan, dan beliau seterusnya meminta kerjasama orang ramai yang pernah menjadi mangsa lelaki itu agar tampil membuat laporan polls bagi membantu siasatan.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top