BM | EN | 中文

‘Perang terbuka’ Hamid Bador dan Hamzah malang bagi negara – Salahuddin

salahuddin-ayub-ahli-parlimen-pulai.png
Advertisement

JOHOR BAHRU, 1 MEI: Ahli Parlimen Pulai, Datuk Seri Salahuddin Ayub menyifatkan kenyataan dikeluarkan Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Hamid Bador sebagai ‘perang terbuka’ terhadap Menteri Dalam Negeri, Dato Seri Hamzah Zainuddin.

Beliau yang merupakan Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) menulis ‘twitter’nya berkata, kabinet perlu mengambil tindakan serius berhubung perkara tersebut.

Ujarnya, perkara tersebut dianggap sesuatu yang malang bagi di negara ini berkaitan dengan isu keselamatan dalam negara.

Advertisement

“Telah berlaku “perang terbuka” diantara KPN dan Menteri Dalam Negeri.

“Sepatutnya kerajaan melalui kabinet mengambil tindakan yang serius . Ini isu keselamatan . Ini amat malang bagi rakyat dan negara. Adakah kabinet juga diserang Covid 19?” kata Salahuddin di twitter.

Dalam pada itu, Ketua Pemuda Parti Amanah Johor, Muhammad Taqiuddin Cheman menegaskan kenyataan yang dibuat Hamid itu adalah rupa sebenar kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang sentiasa mementingkan kroni mereka sahaja.

Advertisement

Taqiuddin berkata, pihak berkuasa menjadi sedar dengan tindak tanduk yang berlaku dalam kerajaan yang ditadbir Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Inilah kepincangan yang berlaku dalam kerajaan pimpinan Muhyiddin Yassin. Sikap menyusun kroni supaya mereka akan dilihat lebih berkuasa.

“Tindakan Muhyiddin ini mencerminkan semangat pemerintahan ‘kuku besi’ yang cuba dipraktikkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) hari ini.

Advertisement

“Saya membawa suara anak muda yang mahu kerajaan ini diisytiharkan sebagai kerajaan yang bukan datang dari kehendak rakyat kerana rakyat di bawah ini telah menolak sikap rasuah seperti yang berlaku hari ini,” jelasnya.

Pada 27 April 2021 yang lalu, Abdul Hamid Bador menyatakan kekesalan berikutan campur tangan politik dalam pasukan polis

Malah, dia mengakui tidak senang dan mempunyai hubungan tidak baik atau “bad blood” dengan Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin.

Advertisement

Menurutnya, menteri sepatutnya hanya terlibat dalam penggubalan dasar dan tidak harus terbabit dalam mengatur pelantikan pegawai kanan pasukan polis.

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top