BM | EN | 中文

Perancangan ‘Laluan Hijau’ babitkan negara berjaya kekang Covid-19

IMG-20200627-WA0006.jpg
Advertisement

KLUANG, 27 JUN: Vietnam merupakan negara terbaharu yang disenarai dalam perbincangan Laluan Hijau selepas lima negara lain yang dikenal pasti berjaya mengekang penularan pandemik Covid-19.

Lima negara lain tersebut adalah Brunei, Singapura, Indonesia, Korea Selatan dan Jepun.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, inisiatif Laluan Hijau itu merupakan usaha untuk mewujudkan semula hubungan dua hala dengan negara terlibat.

Advertisement

“Laluan Hijau merupakan usaha menjalin kerjasama dan membuka laluan antarabangsa bagi perjalanan ekonomi, kepakaran serta pelancongan.

“Namun ianya bukan tugas mudah kerana kedua-dua negara perlu ada persefahaman melibatkan prosedur operasi standard selain memastikan tiada peningkatan kes Covid-19,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar yang diadakan selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra Bersama Masyarakat Felda dan Penyerahan Kit Covid-19 Kepada Sekolah Parlimen Sembrong di Dewan Semarak Felda Kahang Timur, di sini hari ini.

Advertisement

Tambah Hishammuddin, pihaknya telah mengarahkan Wisma Putra untuk memberi tumpuan kepada negara terbabit berhubung pelaksanaan inisiatif berkenaan.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top