BM | EN | 中文

Peranan semak imbang dan menegur, PH Johor fokus bela rakyat

Dzulkefly-Ahmad-mugshot-01-scaled.jpg
Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 18 MEI: Ahli Dewan Negeri (Adun) Kota Iskandar, Dzulkefly Ahmad menyatakan bahawa fokus utama Pakatan Harapan (PH) Johor adalah untuk memperjuangkan nasib rakyat di negeri ini.

Katanya, rakyat Johor ketika ini memerlukan suara yang kuat untuk meluahkan pandangan serta pendapat berkenaan kehidupan mereka.

“Kepelbagaian kaum di negeri ini perlu diraikan serta diangkat ke peringkat yang lebih tinggi agar semua pihak (rakyat) tidak tercicir dari diperjuangkan.

Advertisement

“Kita memang menolak agenda perpecahan ini sejak sekian lamanya dan persepsi menanam kebencian kepada kaum lain, taksub, perkauman dan kronisme perlu ditolak.

“PH mengambil langkah menyatupadukan kekuatan untuk mendepani isu yang dihadapi rakyat,” kata Dzulkefly ketika dihubungi.

Katanya, antara tumpuan PH di Johor adalah persediaan menghadapi masalah ekonomi yang bakal berlaku selepas pandemik Covid-19 yang melanda dunia.

Advertisement

Beliau yang merupakan mantan Exco Kerajaan Negeri Johor bagaimanapun berkata, perkara itu memberikan pengalaman kepada PH dan peluang yang diperolehi ketika menjadi kerajaan akan dibawa untuk menegur kerajaan yang ada.

“PH bersedia dengan pengalaman yang ada sebelum ini untuk membawa segala permasalahan serta menjadi pengimbang yang baik demi memenangkan rakyat dalam apa jua situasi,” katanya.

Sertai kumpulan telegram Johorkini untuk mengetahui isu-isu semasa di Johor

Advertisement

Pada 14 Mei lalu, Pakatan Harapan (PH) Johor dalam satu kenyataan bersama menyatakan keutamaan ketika ini adalah untuk membantu rakyat dalam menghadapi kesukaran hidup ketika ini.

Perkara itu dijelaskan pada sidang media selepas pembukaan rasmi bagi penggal ketiga Dewan Undangan Negeri Johor (DUN) ke-14, di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar.

Dalam pada itu, PH Johor turut menjunjung titah Sultan Ibrahim Sultan Iskandar agar virus perpecahan tidak berlaku dalam kalangan pemimpin politik negeri ini khususnya ketika penularan wabak Covid-19.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top