BM | EN | 中文

PERANAN NGO BELIA KENALPASTI, LATIH BAKAT AKARUMBI

IMG-20191006-WA0007.jpg
Advertisement

KLUANG, 6 OKT: Usaha untuk melahirkan golongan muda yang mampu menyumbang secara positif kepada pembangunan negara memerlukan kerjasama semua pihak.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali berkata, dalam masa yang sama peranan pertubuhan belia di peringkat akarumbi masih diperlukan bagi mengenalpasti potensi dan bakat kepimpinan terutamanya di kalangan generasi muda.

“Usaha dan tanggungjawab melahirkan golongan muda yang mampu menyumbang secara positif kepada

Advertisement

pembangunan negara tidak terhad kepada peranan Pusat Pembangunan Belia.

“Tetapi seluruh segmen masyarakat termasuk pihak kerajaan, pihak swasta, badan-badan bukan kerajaan atau pertubuhan-pertubuhan belia mempunyai peranan penting dalam pembentukan golongan muda,” katanya.

Beliau berkata demikan pada Majlis Perasmian Penutup Kursus Kepimpinan Sukarelawan Darul Ta’zim 2019, anjuran Pusat Pembangunan Belia Negeri Johor@JOYDEC di Pusat Latihan Jabatan Kemajuan Orang Asli Malaysia (JAKOA) di sini, semalam.

Advertisement

Difahamkan, antara kaedah yang digunapakai pada kursus tersebut ialah Modul Kompas Bandar yang disusun bersama JOYDEC dan Muotraining.com bagi memastikan pembentukan peribadi belia dalam masa yang singkat dengan impak maksimum.

Tambahnya, melalui latihan dan kursus, ia memberi satu pengalaman baru yang berharga kepada semua peserta dan memberi manfaat kepada komuniti belia di kawasan masing-masing.

Justeru itu katanya, inisiatif yang bertujuan memperkasa peranan dan fungsi belia sebagai pemimpin di dalam komuniti harus diberikan sokongan.

Advertisement

“Pelaksanaan kursus ini juga bertujuan untuk memperkasa pemimpin-pemimpin belia di setiap daerah dalam membantu pihak kerajaan negeri Johor melahirkan pemimpin belia di kalangan belia dalam pelbagai bidang.

“Kerajaan negeri Johor, khasnya di bawah portfolio Belia dan Sukan akan sentiasa terus memberikan yang terbaik kepada pembangunan belia merangkumi pelbagai aspek, agar generasi belia pada masa kini dan akan datang lebih berdaya saing serta mampu menyumbang kepada pembangunan modal insan di negeri Johor,” kata Sheikh Umar lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top