BM | EN | 中文

PERANAN MEDIA DIHARGAI, MENGHUBUNG DASAR KERAJAAN DENGAN RAKYAT

media.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 10 DIS: Jalinan kerjasama diantara agensi kerajaan dan pengamal media penting agar dasar yang digubal dapat disampaikan kepada rakyat dengan tepat, sahih dan difahami.

Wakil Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Johor, Zubir Hamsa berkata, pihaknya menghargai kerjasama media melalui peranannya dalam menyampaikan informasi berkaitan agensi itu, khususnya kepada bangsa Johor.

“Pada pandangan saya, dalam kita berdepan dengan segala cabaran pada hari ini, apa yang penting adalah untuk terus membina, memelihara dan memupuk jalinan kerjasama yang baik antara kerajaan dengan media massa.

Advertisement

“Saya percaya melalui pendekatan jalinan kerjasama dan hubungan baik ini, kita bersama-sama dapat mengurus dan menyampaikan maklumat dengan berintegriti, tepat dan sahih.

“Oleh itu, kerajaan akan dapat memberi penjelasan yang betul dan tepat melalui media massa. Manakala rakyat pula dapat memahami dan menerima pelaksanaan dasar dan polisi kerajaan yang asasnya adalah untuk kesejahteraan dan kebajikan rakyat,” kata Zubir.

Beliau berkata demikian dalam teks ucapan mewakili Pengarah KPDNHEP negeri, Mohd Hairul Anuar Bohro pada Majlis Apresiasi Media 2019 KPDNHEP Johor di Sangkar Kristal LC Katering Taman Pelangi, Johor Bahru, hari ini.

Advertisement

Tambah Zubir, apa diharapkan kini adalah hubungan baik dan erat yang terjalin diantara KPDNHEP Johor dan media akan berkekalan dan dapat dipertingkatkan lagi.

Jelasnya, pihak kementerian amat menghargai segala publisiti yang diberikan media, sama ada secara langsung dan tidak langsung.

“Saya berharap agar KPDNHEP Johor dan rakan media terus bekerjasama dan saling berinteraksi dalam menyebarluaskan maklumat kepada rakyat khususnya program-program kami yang sangat memberi manfaat kepada rakyat,” katanya lagi.

Advertisement

Terdahulu, pada majlis sama, Zubir turut menyampaikan sijil penghargaan dari KPDNHEP Johor kepada para wakil media.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top