BM | EN | 中文

Peralihan ke Fasa Dua PPN bantu pemulihan ekonomi Johor – MB

johor.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 23 SEPT: Peralihan Johor ke fasa dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) bermula esok dilihat mampu meningkatkan usaha pemulihan ekonomi negeri dengan Iebih banyak premis perniagaan dapat beroperasi semula.

Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohammad berkata ia juga sekali gus membantu menggerakkan semula aktiviti ekonomi yang terjejas sebelum ini berikutan pandemik COVID-19.

“Apabila Iebih banyak pusat pelancongan, taman tema dan resort dibuka semula, aktiviti ekonomi akan Iebih rancak dan memberi impak positif terhadap pendapatan rakyat, negeri dan negara.

Advertisement

Hasni berkata seiring dengan peralihan ke fasa baharu itu juga usaha untuk meningkatkan kadar vaksinasi perlu diteruskan sekali gus membantu mencapai sasaran 90 peratus imuniti kelompok.

Beliau berkata semua agensi berkaitan akan memperhebatkan program vaksinasi termasuk secara capaian dan jumpa terus serta menghantar pasukan petugas ke kawasan yang dikenal pasti bagi memberi suntikan vaksin khususnya kepada golongan berkeperluan khas.

Usaha itu termasuklah mendapatkan data pekerja Johor yang telah menerima suntikan vaksin di Singapura supaya dapat segera dikemas kini dalam aplikasi MySejahtera.

Advertisement

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin yang bersedia menghubungi rakan sejawatan beliau di Singapura untuk membantu mendapatkan data rakyat Malaysia yang telah menerima suntikan vaksin di negara berkenaan,” katanya.

Hasni berkata Mesyuarat Jawatankuasa Khas Keselamatan Negeri Johor hari ini juga bersetuju untuk mengusulkan cadangan prosedur operasi standard (SOP) pembukaan sempadan iaitu bagi pengaturan perjalanan berulang-alik harian kepada Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top