BM | EN | 中文

Perakuan selamat bangunan HSA: Bagaimana diluluskan setiap tahun? – Adun Bekok

Hospital-Sultanah-Aminah-Johor-Bahru-HSA-JB.jpg

Gambar Hiasan (Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru / Ehsan kinderasia.com)

Advertisement

JOHOR BAHRU, 7 JUL: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bekok, Dr S. Ramakrishnan berkata sekiranya pemeriksaan keselamatan dengan piawaian yang tepat dilakukan di Hospital Sultanah Aminah (HSA) setiap tahun, bagaimana kebakaran masih berlaku di bangunan hospital itu.

Dalam kenyataannya hari ini Ramakrishnan turut membangkitkan persoalan bagaimana pihak bomba memeriksa semua tempat di dalam hospital sebelum mengeluarkan sijil keselamatan.

“Setiap tahun pihak bomba dan penyelamat negeri haruslah memeriksa keselamatan kebakaran hospital yang menjadi sebagai salah satu penyedia perkhidmatan utiliti awam.

Advertisement

Adun Bekok, Dr S. Ramakrishnan

“Adakah pemeriksaan keselamatan kebakaran ini telah dilakukan di Hospital Sultanah Aminah?

“Adakah pihak bomba dan penyelamat memeriksa semua tempat di dalam hospital sebelum mengeluarkan sijil kebakaran keselamatan pada setiap tahun? soalnya.

Sijil Perakuan Bomba (FC) atau ‘fire certificate’ merupakan dokumen bagi mengesahkan sesebuah bangunan selamat untuk didiami.

Advertisement

Keperluan ini adalah bagi bangunan yang sering dikunjungi orang ramai dan aktif beroperasi seperti hospital, bangunan pejabat dan sekolah.

Dengan ketiadaan FC bagi sesebuah bangunan, ia mengundang risiko tinggi terhadap kebarangkalian seperti kebakaran.

Pemilik bangunan perlu mematuhi peraturan yang termaktub dalam Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984.

Advertisement

Ramakrishnan turut menambah, penyelenggaraan bangunan hospital ini telah diserahkan kepada Medivest Sdn Bhd, dan pihak itu perlu mengambil tanggungjawab.

Dalam masa yang sama beliau turut mempersoalkan sama ada Kementerian Kesihatan telah menjalankan siasatan forensik selain mendedahkan laporan tersebut kepada umum.

“Pertanyaan lain adalah – mengapa penyelenggaraan keselamatan bangunan tidak dapat diuruskan dengan lebih baik oleh pihak hospital sendiri daripada dilakukan oleh subkontrak kepada syarikat swasta?

Advertisement

“Hospital Sultanah Aminah merupakan hospital utama di Johor. Semua kes utama dari hospital daerah Johor akan dirujuk ke hospital ini. Maka, hospital ini haruslah menawarkan perkhidmatan yang cemerlang kepada orang awam.

“Keselamatan sesebuah bangunan adalah sangat penting. Kerosakan kecil yang kerap mengakibatkan kejadian kebakaran besar menyebabkan ketidakselesaan dan mempengaruhi keyakinan orang ramai terhadap hospital kerajaan,” ujarnya.

Tambah beliau, siasatan bebas perlu dilakukan untuk memberikan laporan yang tidak berat sebelah mengenai keadaan sebenar standard keselamatan bangunan di HSA.

Advertisement

“Ini adalah satu-satunya cara untuk mengetahui apa yang harus dilakukan untuk memastikan pesakit tidak menjadi mangsa penyelenggaraan bangunan yang tidak baik.

“Pihak berkuasa hospital haruslah meyakinkan orang ramai bahawa keselamatan pesakitnya dijaga dengan baik.

“Kekerapan berlakunya kejadian kebakaran menunjukkan bahawa ada suatu masalah yang tidak kena mengena dengan kelengkapan elektrik dan sistem pendawaian,” ujarnya lagi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top