BM | EN | 中文

Peragut tumpas

polis-jenayah.jpg
Advertisement

KULAI, 9 FEB: Susulan kes membabitkan seorang perempuan diragut oleh lelaki bermotosikal di Indahpura pada rabu lalu, pihak polis bertindak pantas dan berjaya menangkap suspek keesokan harinya pada jam 12.10 pagi.

Menurut Ketua Polis Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow, sepasukan polis daripada Balai Polis Kulai telah menahan seorang lelaki berumur 35 tahun di Taman Saleng, Kulai.

“Pihak polis juga turut merampas empat telefon bimbit, beberapa dompet dan beg tangan berjenama, sebuah kereta, sebuah motorsikal dsn beberapa pakaian,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Advertisement

Beng Yeow berkata, hasil siasatan awal suspek telah mengaku terlibat dalam kejadian samun terbabit.

“Suspek telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah  Kulai dan dimasukkan ke dalam lokap untuk siasatan lanjut,” katanya lagi.

Tambahnya lagi, suspek yang sebelum ini mempunyai tujuh rekod lampau telah dihadapkan di hadapan Majistret Kulai bagi permohonan reman.

Advertisement

“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan,” katanya lagi.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top