BM | EN | 中文

Penyusunan jentera Srikandi dalam YKN tak profesional, raih sokongan dengan jawatan

Nor-Hayati-Bachok-Adun-Maharani.jpg

Nor Hayati Bachok, Adun Maharani

Advertisement

MUAR, 10 DIS: Tindakan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun yang mengambil sukarelawan Yayasan Kebajikan Negara (YKN) dari kalangan ahli parti beliau, Srikandi Parti Bersatu dilihat sebagai langkah yang tidak profesional dan dikhuatiri berunsur habuan jawatan kepada ahli parti sendiri.

Ketua Angkatan Wanita Amanah Negara (AWAN) Johor, Nor Hayati Bachok berkata, bidang tugas kebajikan rakyat merupakan peranan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan dibimbangi wujud pertindihan tugas dengan sukarelawan lantikan itu.

Tambah Nor Hayati, usaha mengisi kekosongan sukarelawan tersebut dikatakan sebagai langkah mempolitikkan badan tersebut bertujuan meraih sokongan daripada ahli parti beliau sendiri.

Advertisement

Ujarnya, Rina seharusnya mengambil langkah membuka ruang kepada mana-mana sukarelawan lain terlebih dahulu sebelum mengambil langkah sedemikian.

“Jangan mempolitikkan mana-mana badan. Apakah tindakan Rina ini mahu mengembangkan pengaruh partinya sahaja?

“Langkah ini tidak munasabah apatah lagi dalam keadaan rakyat yang amat memerlukan bantuan.

Advertisement

“Tentunya jawatan-jawatan ini akan dibayar elaun menggunakan wang rakyat, yang sepatutnya disalurkan untuk kebajikan rakyat yang memerlukan.

“Usah mengambil kesempatan di atas kesempitan rakyat hari ini, dalam situasi pandemik dan bantuan kerajaan sendiri tidak mencukupi.

“Saya berasa kesal dengan tindakan kementerian tersebut yang melakukan usaha hanya berkepentingan untuk parti dan diri mereka. Ini amat mendukacitakan kerana portfolio menteri ini untuk kebajikan rakyat,” ujarnya ketika dihubungi.

Advertisement

Beliau yang juga Adun Maharani berkata seharusnya kementerian berkenaan membuka peluang kepada pelbagai lapisan masyarakat yang mahu menjadi sukarelawan.

“Sepatutnya kerajaan atau kementerian tersebut mempelawa pihak-pihak lain untuk menjadi sukarelawan untuk terbabit dalam YKN.

“Ini tidak menunjukkan sikap keterbukaan yang diamalkan oleh kerajaan apatah lagi Kementerian di bawah YB Dato’ Seri Rina.

Advertisement

“Sikap memilih bulu dalam kebajikan ini perlu dielakkan bagi kesejahteraan yang diperolehi rakyat untuk menerima sebarang bantuan. Tindakan menteri tersebut amat mendukacitakan,” ujarnya lagi.

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top