BM | EN | 中文

Penyumbang termuda Yayasan Sultan Ibrahim Johor terima pengiktirafan The Malaysia Book Of Records

Krishh-Haran-Penyumbang-termuda-Yayasan-Sultan-Ibrahim-Johor-terima-pengiktirafan-The-Malaysia-Book-Of-Records.png
Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 19 NOV: Krishh Haran Nair, kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun yang menjadi penyumbang termuda Yayasan Sultan Ibrahim Johor, menerima pengiktirafan daripada The Malaysia Book Of Records (MBR) bagi ‘Jumlah Sumbangan Tertinggi kepada Yayasan Melalui Penjualan Buku oleh Kanak-Kanak’.

Perunding Kanan Rekod MBR Edwin Yeoh berkata sumbangan RM7,000 kepada yayasan berkenaan menerusi hasil jualan bukunya, dilihat satu jumlah dan pencapaian yang besar bagi seorang kanak-kanak seusianya.

“Selalu kita dengar syarikat atau golongan dewasa yang memberikan sumbangan, tetapi dalam kalangan kanak-kanak jarang kita dengar ada pemikiran sebegini bagi membantu golongan kurang bernasib baik,” katanya kepada pemberita setepas Majlis Pemberian Sijil MBR kepada Krishh Haran di sekolahnya, di Sunway International School Sunway Iskandar, di sini Rabu lalu.

Advertisement

Sementara itu, Krishh Haran ketika ditemui berkata dia gembira melihat namanya tersenarai dalam MBR dan berbangga dengan pencapaian itu.

“Saya berasa sangat berbangga dan gembira melihat nama saya dalam MBR,” katanya.

Ibunya, R. Jayanthimarlin pula berkata pengiktirafan tersebut bukan sahaja satu kebanggaan buat dirinya dan suami N. Ramakrishnan, bahkan guru-guru sekolah anaknya itu.

Advertisement

“Memang kami tidak jangka anak saya akan dapat pengiktirafan ini, ia merupakan satu kebanggaan buat kami sekeluarga dan guru-gum di sekolah turut gembira dengan pencapaian dia,” katanya.

Terdahulu, usaha murni Krishh Haran memberikan sumbangan kepada yayasan berkenaan mendapat perhatian Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar yang menzahirkan kekaguman terhadap kanak-kanak itu menerusi hantaran di laman Facebook rasmi baginda baru-baru ini.

Krishh Haran baru-baru ini dilaporkan sebagai berkata dia mengumpul RM7,000 menerusi jualan buku pertamanya bertajuk The Mysterious War To The Deep dan memberikan sumbangan kotak makanan kepada yayasan itu dengan menggunakan wang tersebut.

Advertisement

Anak tunggal itu bertekad membantu lebih ramai orang terutama kanak-kanak yang menjadi yatim akibat COVID-19 dan sedang dalam proses menghasilkan siri kedua buku berkenaan bertajuk Pillar and The Golden Sword.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top