BM | EN | 中文

Penyokong JDT usah cepat melatah – Bekas pemain Johor

JDT-Johor-Darul-Tazim.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 9 JUL: Bekas pemain Johor Hasnizam Uzir berharap penyokong Johor Darul Ta’zim (JDT) tidak cepat melatah dengan menuntut pengendali pasukan Benjamin Mora digugurkan.

Ia susulan kegagalan JDT menyerlah pada kempen Liga Juara-Juara Asia (ACL) yang diadakan di Bangkok, Thailand, baru-baru ini.

Hasnizam menegaskan prestasi JDT nyata tidak membimbangkan kerana menunjukkan peningkatan prestasi dan mampu memberi saingan kepada kelab lebih berpengalaman seperti Pohang Steelers dari Korea Selatan, Nagoya Grampus (Jepun) dan Ratchaburi FC (Thailand).

Advertisement

“Kenapa perlu minta Mora lepaskan jawatan? Saya berpandangan tidak perlu kerana beliau sudah membentuk pasukan yang mantap untuk bersaing dengan kelab-kelab ternama di Asia.

“Malah saya lihat tidak adil untuk Mora melepaskan jawatan. Kita lihat sendiri prestasi JDT, bukan jadi pasukan belasahan dalam saingan Kumpulan G, sebaliknya mampu memberi saingan sehingga pasukan lawan tampak bermandi peluh untuk menang.

“Hanya kita tewas dengan jaringan besar 4-1 ketika menentang kelab dari Korea, itu pun sebab tiga sepakan penalti.

Advertisement

“Apa yang dinyatakan oleh Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim adalah benar kerana realistiknya Nagoya Grampus dan Pohang Steelers adalah pasukan yang hebat daripada segi teknikal individu pemain mereka dan bersaing di liga yang lebih kompetitif berbanding Liga Malaysia (Liga M).

“Mora setakat ini berjaya merubah corak permainan bola sepak moden yang lebih serta mewujudkan satu DNA dan falsafah bola sepak JDT tersendiri mengikut kemampuan teknikal setiap pemain JDT yang sedia ada.

“Ia terbukti selepas JDT kini masih di tangga teratas Liga Super dan mampu menjaringkan lebih gol berbanding dibolosi,” kata Hasnizam, lapor Berita Harian.

Advertisement

Semalam, Tunku Ismail mempertahankan Mora selepas dikecam segelintir pengguna media sosial yang mempertikaikan taktikal direncana pengendali kelahiran Mexico itu.

Kelihatan juga banyak banyak komen ‘Mora out’ dibuat di laman Instragram rasmi kelab.

Hasnizam berkata kelebihan Mora ialah dia mampu menilai kemampuan pemain-pemain muda dan berani menampilkan pemain seperti Afiq Fazail, Ramadhan Saifullah Usman dan Ariff Aiman Hanafi beraksi di pentas Asia.

Advertisement

“Apa yang sedang berlaku di JDT adalah satu transisi perubahan daripada pemain-pemain senior ke pemain-pemain muda. Justeru penyokong JDT harus berfikir secara realistik dan bukan secara emosi,” katanya.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top