BM | EN | 中文

Penyokong Bersatu kem Tun M lancar kempen ‘blackout’

blackout-bersatu-PPBM.png
Advertisement

KUALA LUMPUR, 17 JUN: Penyokong dan ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang menyebelahi Tun Dr Mahathir Mohamad melancarkan kempen ‘blackout’ dengan menukar warna logo parti itu kepada warna hitam putih sebagai tanda protes.

Laman Facebook dengan nama Bersatu.TV yang mempunyai lebih 17,000 pengikut, dalam satu kiriman semalam berkata kempen itu telah dipersetujui oleh Mahathir.

Malah laman rasmi Facebook Tun Dr Mahathir, pengerusi Bersatu yang dipertikaikan turut menukar gambar profilnya ke warna hitam putih, simbol kempen ‘blackout’ tersebut.

Advertisement

“Dipersetujui oleh TDM (Mahathir) sebentar tadi, sebagai tanda bantahan kita semua dan sokongan terhadap beliau, semua profile page FB (laman profil Facebook), Instagram dan Twitter anda semua diletakkan logo Bersatu blackout.

“Ini sebagai tanda protes daripada ahli-ahli yang kekal bersatu, berprinsip dan bermaruah sehingga parti dapat dipulihkan kembali ke landasan asal perjuangan,” kata laman itu menerusi hantaran di Facebook semalam.

Beberapa pemimpin Bersatu dilihat memuat naik logo berkenaan di media sosial beserta tanda pagar seperti #bersatublackout #kekalberprinsip #selamatkanbersatu.

Advertisement

Antaranya, Timbalan Presiden Bersatu yang dipertikaikan Mukhriz Mahathir, Ahli Parlimen Kubang Pasu Amiruddin Hamzah, Setiausaha Agung yang dipertikaikan Marzuki Yahya dan Ketua Pemuda Bersatu (Armada) Bersatu yang dipertikaikan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Pihak yang menggunakan logo terbabit sebagai gambar laman profil Facebook dan Twitter adalah Mukhriz, Marzuki, Amiruddin serta Ketua Penerangan Armada Ulya Aqamah Husamudin.

Selain itu, laman profil Facebook parti Bersatu Bahagian Kota Tinggi dan Pontian turut menggunakan logo terbabit.

Advertisement

Semakan Johorkini bagaimanapun mendapati laman rasmi Dr Maszlee Malik tidak berbuat demikian.

Sejak dimuatnaik semalam sehingga berita ini ditulis, semakan menunjukkan logo tersebut tidak terlalu meluas dan hanya digunakan oleh beberapa ahli parti Bersatu dari kem Mahathir.

Bersatu kini berpecah antara kumpulan yang menyokong presiden parti, Muhyiddin Yassin dan mereka yang menyokong Mahathir.

Advertisement

Kumpulan Muhyiddin menentang Mahathir dan Mukhriz kerana kritikan terbuka mereka terhadap keputusan meninggalkan Pakatan Harapan (PH) untuk bergabung bersama Umno, PAS dan beberapa parti lain bagi membentuk kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Akibat bantahan tersebut, beberapa ahli dan pemimpin parti terbabit dari kem Mahathir telah digugurkan dan menyebabkan masalah dalaman parti terbabit kian keruh.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top