BM | EN | 中文

Penyewa premis PBT di Johor dikecualikan sewa April hingga Disember 2020

premis-pbt.jpg

JOHOR BAHRU, 24 MAC: Kerajaan negeri Johor mengecualikan bayaran sewa keatas premis milik Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Majlis Bandaraya, Perbandaran dan Daerah di negeri ini bermula dari April hingga Disember 2020.

Perkara tersebut merupakan salah satu daripada Inisiatif Ihsan Johor (IIJ) susulan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan yang diumumkan kerajaan.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor, Ayub Jamil dalam satu kenyataan turut berkata, pengecualian tersebut turut merangkumi kelonggaran bagi premis yang disewa dibawah program usahawan Perbadanan Usahawan Johor Sdn Bhd (PUJB).

Difahamkan, insentif pengecualian bayaran sewa premis kepada peniaga-peniaga perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang beroperasi di premis milik kerajaan negeri berjumlah 151 buah.

Manakala pengecualian bayaran sewa premis milik PBT dan pasar awam di Johor melibatkan 10.371 peniaga.

“Ini antara bantuan awal dibawah Inisatif Ihsan Johor.

“Insya Allah akan ada lagi bantuan untuk meringankan beban mereka yang terjejas dibawah Perintah Kawalan Pergerakan Covid 19,” kata Ayub.

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top