BM | EN | 中文

Penyewa bersama kucing berdepan detik cemas bilik terbakar

Penyewa-bersama-kucing-berdepan-detik-cemas-bilik-terbakar.jpg

Keadaan bilik di pangsapuri berkenaan yang terbakar tengahari tadi

Advertisement

JOHOR BAHRU, 29 DIS : Seorang penyewa dan kucingnya berdepan detik cemas apabila pangsapuri didiami di Jalan Abdul Samad, Kampung Bahru terbakar, dekat sini, tengahari tadi.

Pegawai Operasi Balai Bomba Penyelamat Johor Bahru, Pegawai Bomba Kanan II Mohd Haizrul Rahmad berkata, ketika cuba menyelamatkan diri mangsa tersekat di tangga kecemasan.

“Pihak bomba menerima panggilan kejadian itu pada jam 12.26 tengahari sebelum bergegas ke lokasi kejadian bersama 19 anggota.

Advertisement

“Kebakaran melibatkan sebuah bilik yang disewakan. Terdapat seorang mangsa bersama kucingnya berjaya menyelamatkan diri tetapi tersekat di tangga kecemasan.

“Mangsa dan kucingnya kemudian berjaya dibawa ke kawasan selamat oleh pihak bomba,”katanya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, tindakan operasi pemadaman menggunakan hosereel dan terdapat sistem sprinkler di dalam rumah.

Advertisement

Jelasnya, pihak bomba masih menjalankan siasatan lanjut untuk mengenal pasti anggaran kerugian serta punca kebakaran.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top