BM | EN | 中文

Penyerang muda JDT cetus sensasi

Arif-Aiman-JDT.jpg

Gambar Ehsan FB Johor Southern Tigers

Advertisement

SHAH ALAM, 14 MAC: Penyerang muda Johor Darul Ta’zim (JDT) berusia 18 tahun, Arif Aiman yang masuk menggantikan Safawi Rasid yang mengalami kecederaan mencetuskan sensasi apabila membuka jaringan buat pasukan juara bertahan itu menerusi gerakan solo menariknya dari sebelah kanan pada minit ke-10.

Dia menjaringkan gol pendahulu selepas berjaya melepasi pemain pertahanan kanan Lion Troopers, Muhammad Afif Asyraf Mohamad Zabawi dan seterusnya merebat menggunakan kaki kanannya.

Lima minit berselang, JDT berjaya menggandakan kelebihan mereka apabila Cabrera mengekalkan ketenangannya untuk memanfaatkan bola yang gagal dikeluarkan pertahanan lawan daripada sepakan penjuru menerusi satu percubaan dari luar kawasan penalti.

Advertisement

Penyerang baru JDT, Da Silva, membuktikan betapa dirinya mampu diandalkan pasukan juara tujuh kali itu apabila mempamerkan kawalan bola menarik yang disusuli dengan gerakan satu-dua dengan Nazmi Faiz Mansor sebelum pemain gantian itu melepaskan rembatan leret yang menewaskan penjaga gol UiTM, Dominik Picak , buat kali ketiga pada minit ke-81

Sorang lagi pemain gantian, Syamer, turut menempatkan namanya selaku penjaring musim ini selepas menolak masuk hantaran Mauricio susulan hantaran lintang Safiq Rahim dalam waktu kecederaan.

JDT mengukuhkan cengkaman di puncak Liga Super dan skuad Harimau Selatan itu mengumpulkan sembilan mata penuh daripada tiga perlawanan, berekelebihan tiga mata di depan Terengganu FC, yang akan bertandang ke laman Perak FC malam ini.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top