BM | EN | 中文

Penyerahan 113 menara telekomunikasi baharu oleh edotco di 7 negeri bantu pelaksanaan JENDELA

edotco.png
Advertisement

KUALA LUMPUR, 27 OKT: edotco Malaysia (edotco) mengumumkan penyerahan 113 infrastruktur telekomunikasi baharu untuk Fasa 1 Jalinan Digital Negara (JENDELA) bagi menyediakan sambungan di tujuh negeri iaitu Kedah, Kelantan, Perak, Pahang, Negeri Sembilan, Johor dan Sabah.

Dalam satu kenyataan semalam, ia berkata projek JENDELA yang dipacu oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), bertujuan membantu pengendali rangkaian mudah alih dalam mengembangkan dan mempercepatkan ketersediaan liputan mudah alih di kawasan luar bandar yang kurang mendapat perkhidmatan.

“Pemahaman mengenai keperluan projek dan rekod prestasi dalam merintis projek serta kejayaan yang dicapai menjadikan kami rakan kongsi yang ideal untuk SKMM dalam menggunakan penyelesaian kos efektif yang menyokong Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia (MyDIGITAL).

Advertisement

“Infrastruktur telekomunikasi merapatkan jurang digital dengan membenarkan perkhidmatan selular awam disediakan di tempat yang liputan terhad atau tidak wujud.

“Ia membantu untuk mencapai matlamat memperkasakan komuniti setempat dengan akses yang sama kepada faedah sosioekonomi,” kata Pengarah Urusan edotco, Wan Zainal Adileen.

SKMM menerajui inisiatif berasaskan infrastruktur pemangkin melalui pelaksanaan infrastruktur penghantaran aktif dan pasif berikutan usahanya untuk merancang dan melaksanakan penyediaan perkhidmatan sejagat di Malaysia.

Advertisement

Untuk mempercepatkan pelaksanaan, edotco memulakan pemasangan menara pada Februari 2020 secara serentak di semua tujuh negeri.

Pemasangan menara itu termasuk peralatan radio dan tambahan lain di semua 113 tapak, tambahnya.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top