BM | EN | 中文

Penyelenggara lif di Johor Bahru maut tersepit

takziah.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 31 MEI: Seorang pekerja penyelenggaraan lif warga Indonesia maut selepas tersepit ketika melakukan kerja-kerja membaik pulih lif di sebuah hospital swasta di Larkin, di sini petang semalam.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Larkin K. Karupannan berkata kejadian berlaku ketika mangsa yang dikenali sebagai Muntholib, 39, sedang melakukan kerja menukar lif lama kepada yang baharu bersama tiga rakannya.

“Bagaimanapun, dia dipercayai terpijak sesuatu atau tergelincir menyebabkannya terjatuh dan tersepit di bahagian pemberat lif di antara tingkat satu dan tingkat dua bangunan hospital berkenaan.

Advertisement

“Rakan mangsa yang lain yang berada di bahagian bawah ketika itu turut terdengar bunyi seakan objek terjatuh sebelum menyedari mangsa tersangkut di bahagian pemberat lif terbabit,” katanya, lapor Bernama.

Beliau berkata bomba menerima panggilan kecemasan kira-kira 2.50 petang dan menghantar sebuah jentera Fire Rescue Tender, ambulans Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan dan 10 anggota ke tempat kejadian.

Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan mayat dihantar ke Hospital Sultanah Aminah untuk dibedah siasat, katanya.

Advertisement

Bernama

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top