BM | EN | 中文

PENYEDIAAN KEPERLUAN PERSEKOLAHAN LENGKAP, MOTIVASI BUAT PELAJAR

kejora.jpg
Advertisement

KOTA TINGGI, 5 DIS : Pelajar sekolah merupakan modal insan paling penting kepada sesebuah negara dan perlu dibangunkan ke tahap optimum sebagai aset negara pada masa hadapan.

Menteri Besar Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal berkata, sehubungan itu penyediaan keperluan persekolahan lengkap juga merupakan salah satu motivasi kepada mereka untuk belajar dengan lebih bersungguh-sungguh dan bersemangat demi mencapai cita-cita di masa akan datang.

Bagaimanapun katanya, perlu disedari ada sesetengah keperluan persekolahan mungkin tidak dapat disediakan oleh ibu bapa yang kurang berkemampuan sedangkan mereka juga mempunyai impian untuk melihat anak-anak berjaya bagi membela nasib keluarga.

Advertisement

“Oleh itu, dalam memenuhi hasrat tersebut, kerajaan sentiasa bersikap prihatin dan mengambil berat nasib yang dialami oleh semua golongan yang tidak berkemampuan.

“Maka, kerajaan menerusi agensi, jabatan dan badan kerajaan seperti Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) menganjurkan inisiatif intervensi seperti program tanggungjawab sosial korporat (CSR) pada hari ini bagi meringankan beban yang dihadapi,” kata Sahruddin.

Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmian program ‘Back To School’ wilayah Kejora, di Sand & Sandals Desaru Beach Resort & Spa, hari ini.

Advertisement

Dalam pada itu Sahruddin turut mengucapkan syabas dan tahniah kepada KEJORA atas usaha murni menganjurkan CSR yang cukup bermakna itu.

Jelasnya, program CSR itu merupakan platform terbaik untuk mana-mana pihak mengisi acara dalam kalendar tahunan dan seterusnya menyalurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan.

Pada majlis itu seramai 500 pelajar dari sekitar Wilayah KEJORA menerima sumbangan berupa beg sandang sekolah dan baucar bernilai RM150.

Advertisement

Kesemua penerima terdiri daripada 360 orang pelajar dari Zon Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Daerah Kota Tinggi, 70 orang pelajar dari Zon PPD Daerah Kluang dan 70 orang pelajar dari Zon PPD Daerah Kulai.

Hadir sama, Pengurus Besar KEJORA, Norazman Othman, Adun Johor Lama, Rosleli Jahari, Pegawai Daerah Kota Tinggi, Farizal Ismail, Yang Dipertua Pihak Berkuasa Tempatan Pengerang, Hazlina Jalil.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top