BM | EN | 中文

Penyamun kedai serbaneka diberkas

20191225_162327.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 25 DIS : Empat lelaki berjaya ditahan, semalam selepas disyaki ‘menyamun’ kedai serbaneka di Desa Cemerlang.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Mohd Taib Ahmad berkata, tangkapan dilakukan semasa anggota ops cegah jenayah (OCJ) Balai Taman Ungku Tun Aminah (TUTA) sedang membuat rondaan di hadapan Blok 56, Jalan Pendekar 1, Taman Ungku Tun Aminah.

Katanya, anggota telah terserempak dengan empat lelaki itu di dalam sebuah kereta yang berada di tepi jalan.

Advertisement

“Anggota memperkenalkan diri sebagai pegawai polis dan hasil dari pemeriksaan pada tubuh badan tidak menjumpai apa-apa barang salah.

“Bagaimanapun semakan berpandukan kad pengenalan salah seorang lelaki tersebut masih berstatus ‘wanted’ di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan yang masih di dalam siasatan pihak polis,”katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tambahnya, hasil soal siasat lanjut telah membawa kepada penemuan barangan dipercayai hasil dari samun kedai serbaneka bersabit Desa Cemerlang.

Advertisement

Jelasnya, ekoran itu kesemua lelaki berkenaan telah ditangkap dan anggota polis turut membuat rampasan sebuah kereta, sebuah telefon jenama Samsung J2 Primer.

Turut dirampas satu beg plastik lutsinar tertera tulisan Adidas, pelbagai jenis rokok, dua bungkusan coklat tertera tulisan Toblerone dan satu paket plastik berisi wang syiling 5 sen berjumlah RM 4.10.

“Kesemua suspek telah diserahkan kepada anggota Cawangan Jenayah D9 Seri Alam,” katanya lagi.

Advertisement

JohorKini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top