BM | EN | 中文

Penyampaian hadiah Iskandar Malaysia Ecolife Challenge dibuat secara pandu lalu

20210412100747_IMG_0995.jpg
Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 13 APR: Cabaran dan kekangan akibat pandemik COVID-19 bukan penghalang kepada Iskandar Malaysia Ecolife Challenge (IMELC) 2020 untuk menjadi lebih inovatif dengan mengadakan majlis peyampaian hadiahnya secara pandu lalu.

Ketua Eksekutif, Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA), Datuk Ismail Ibrahim berkata, melalui konsep pandu lalu, guru dan pelajar yang menang akan mempunyai gambar kenangan kemenangan rasmi dan pada masa sama, prosedur operasi standard (SOP) dipatuhi.

“Kita mahu menghargai 19 sekolah sekitar Johor, serta guru dan pelajar yang bekerja keras tahun lepas untuk menjadi pemenang-pemenang dalam pertandingan penjimatan air, elektrik dan kitar semula di antara seramai 55,000 pelajar dan 546 sekolah yang terlibat.

Advertisement

“Walaupun lebih mudah untuk terus sahaja menghantar hadiah-hadiah kepada sekolah yang menang, kami mahukan kemenangan ini menjadi lebih bermakna kepada mereka,” kata Ismail dalam satu kenyataan.

Menurut Ismail lagi, bagi menyesuaikan program ini dengan norma baharu akibat pandemik IMELC 2020 juga berjaya dilaksanakan secara dalam talian (online) melalui pembangunan modul oleh pakar penyelidik dari Universiti Teknologi Malaysia menerusi platform Google Classroom.

Tambah beliau lagi sejumlah RM19,172.05 bil elektrik dan RM29,192.39 bil air berjaya dijimatkan sepanjang bulan Oktober dan November 2020.

Advertisement

Manakala RM52,930.61 (204,828.5 kg) nilai barang kitar semula dikumpulkan bermula Januari sehingga November 2020, sepanjang pertandingan ini dijalankan.

“Oleh itu, secara keseluruhannya sebanyak RM101,291.05 telah dapat dijimatkan dan dijana oleh pelajar-pelajar dan sekolah-sekolah yang mengambil bahagian dalam IMELC 2020,” ujarnya lagi.

Pengerusi Sekolah Pendidikan, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Teknologi Malaysi Prof Dr Fatin Aliah Phang, berkata, melalui modul IMELC di platform Google Classroom, pelajar berupaya melakukan simulasi dan melihat sendiri anggaran pembebasan karbon bagi setiap aktiviti yang dijalankan di rumah.

Advertisement

Seterusnya, kata Dr Fatin ia menyedarkan seisi rumah akan keperluan membudayakan gaya hidup rendah karbon.

“Melalui penglibatan proaktif guru, ibubapa dan pelajar dalam IMELC tahun 2020 ini, diharap Johor dapat menyumbang kepada pencapaian Matlamat Pembangunan Mampan 2030 (Sustainable Development Goals SDG), selain membina Kemahiran Abad Ke-21 bagi menghadapi cabaran Revolusi Industri Ke-4 ini,” ujarnya.

Sementara itu, pengurus besar korporat, SWM Environment, Mohd Norlisam Mohd Nordin, berkata IMELC 2020 memberi peluang penerokaan kaedah dalam talian sebagai platform pendidikan kesedaran kitar semula yang baharu.

Advertisement

“Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak menghalang aktiviti kutipan kitar semula dilaksanakan oleh 3R Troopers malah merekodkan peningkatan berat muatan sebanyak 232 tan berbanding tahun-tahun sebelumnya,” katanya.

Antaranya, SJK(C) Foon Yew 2, Johor Bahru berjaya mengumpulkan 19,638 kilogram sekali gus menjuarai kategori kitar semula.

Program IMELC 2020 merupakan hasil kerjasama Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA), Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan SWM Environment Sdn Bhd.

Advertisement

Untuk tahun ini, IMELC disokong Green Technology Applications for Low Carbon Cities (GTALCC) yang merupakan projek kerjasama United Nations Development Programme (UNDP), SEDA Malaysia dan disokong Regional Centre of Expertise (RCE) on Education and Sustainable Development, United Nation University.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top