BM | EN | 中文

PENUTUP JELAJAH EK! JOHOR DI BATU PAHAT, PONTIAN

ek-bp-14-9-Copy.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 13 SEPT : Program jelajah Ekspresi Komuniti (EK) yang dianjurkan kerajaan negeri bakal melabuhkan tirainya di dua lokasi terakhir, iaitu di Batu Pahat (14 September) dan Pontian (15 September).

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri, Sheikh ‘Umar Bahgarib Ali, jelajah ini bertujuan bertemu para belia untuk mendapatkan maklum balas secara langsung dari belia tempatan, selain mendapatkan input bagi merangka Belanjawan Johor 2020, dengan tumpuan kepada sektor anak muda.

“Townhall ini juga merupakan satu sesi untuk mengumpul input dan cadangan oleh wakil-wakil belia di setiap daerah untuk dirangka dalam persediaan belanjawan negeri 2020 serta membincangkan infomasi dan kaedah mendapatkan bantuan kewangan daripada badan kerajaan.

Advertisement

“Program ini berkonsepkan Townhall yang mana sesi soal jawab dan dialog secara langsung antara anak muda, Exco dan tetamu jemputan khas,” kata Sheikh ‘Umar dalam satu kenyataan.

Terdahulu sebelum ini, kerajaan negeri Johor telah memperuntukkan sejumlah RM300,000 bagi pembinaan hab belia di daerah Mersing.

Justeru itu kata Sheikh ‘Umar, ia membuktikan bahawa kerajaan Pakatan Harapan Johor mengambil kira pandangan rakyat di bawah, terutamanya golongan belia dalam pelan pembangunan negeri.

Advertisement

Sesi jelajah EK! Batu Pahat yang berlangsung pada 14 September ini akan diadakan di tapak skateboard Batu Pahat, manakala di Pontian (15 September) di Pontian Street Bundle bermula dari jam 8.30 malam.

Program Jelajah EK 2019 ini dianjurkan oleh Perbadanan Usahawan Johor Berhad (PUJB) dengan kerjasama Pusat Pembangunan Belia Negeri Johor (Joydec), Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Johor (JBS), Institut Integriti Kepimpinan dan Latihan Semangat Dato’ Onn (IKLAS) dan pejabat -pejabat daerah seluruh Johor.

Jelajah yang berlangsung selama hampir dua bulan ini menemui anak muda di lapan daerah antaranya di Tangkak, Mersing, Kluang, Johor Bahru, Kota Tinggi, Kulai, Muar dan Segamat.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top