BM | EN | 中文

Penurunan penarafan kredit Malaysia ibarat ‘undi tidak percaya’ oleh pakar kewangan

Lim-Guan-eng-Muhyiddin-Yassin.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 8 DIS: Penurunan penarafan kredit negara ini adalah satu bentuk undi tidak percaya oleh pakar kewangan bebas dan antarabangsa mengenai prestasi ekonomi kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Ahli parlimen Bagan, Lim Guan Eng berkata, kerajaan PN harus bekerjasama dengan semua parti politik dan seluruh rakyat Malaysia untuk menyelesaikan krisis politik dan ekonomi ini demi meningkatkan dan mendapatkan semula penarafan kredit A- negara.

“Penurunan penarafan kredit negara ini merupakan kejutan untuk bangkit dari lena kepada kerajaan PN melakukan reformasi politik dan struktur ekonomi yang mendesak.

Advertisement

“Sekiranya PN tidak berusaha untuk bersatu dan bekerjasama untuk memberikan kepastian, kejelasan dan ketekalan terhadap dasar politik dan ekonomi negara, prospek Malaysia akan malap dan mendatangkan risiko penurunan lanjut pada masa depan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Tambah beliau penafian kerajaan PN bahawa Malaysia sedang mengalami krisis politik dan ekonomi menambah risiko penurunan lanjut penarafan kredit negara pada masa akan datang.

Katanya, kerajaan PN memilih untuk menafi dan tidak menangani penurunan metrik kredit utama Malaysia yang menyebabkan penurunan dari A- ke BBB +, iaitu ketidakstabilan politik dan kurangnya ketelusan atau piawaian tadbir urus.

Advertisement

Selain itu katanya, usul tidak percaya keatas Menteri Besar Perak secara mengejut oleh Umno minggu lalu menunjukkan penilaian Fitch adalah tepat mengenai majoriti tipis parlimen dua kerusi Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai penyebab ketidakstabilan politik.

“Tan Sri Muhyiddin harus berani menangani ketidakstabilan politik ini dengan membenarkan usul tidak percaya di Parlimen.

“Penolakan beliau untuk melakukannya hanya menunjukkan kelemahan politiknya dan kekhuatiran bahawa beliau telah kehilangan majoriti parlimennya.

Advertisement

“Sebarang penangguhan hanya akan melanjutkan budaya politik toksik semasa yang mengorbankan kepentingan negara demi survival peribadi,” kata Guan Eng dalam satu kenyataan semalam.

Terdahulu, Fitch Ratings menyemak turun penarafan kredit Malaysia untuk pertama kalinya sejak Krisis Kewangan Asia 1997/98.

Difahamkan Malaysia adalah negara ASEAN pertama mengalami nasib seperti itu dalam wabak COVID-19 ketika ini.

Advertisement

Dalam pada itu kata Guan Eng, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz harus berhenti “menanam tebu di bibir”, sebaliknya mendedahkan unjuran pertumbuhan yang realistik dan tepat.

Katanya pertumbuhan KDNK negara, kutipan hasil dan hutang kerajaan jauh tersasar berbanding penilaian Fitch yang menjangkakan jumlah hutang kerajaan akan meningkat kepada 76 peratus daripada KDNK pada 2020 daripada 65.2 peratus pada 2019.

Manakala hutang langsung kerajaan pada RM874.27 bilion atau 60.7 peratus daripada KDNK pada akhir bulan September, yang berada di atas had perundangan 60 peratus daripada KDNK.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top