BM | EN | 中文

Penurunan kedatangan pelancong 78.6 peratus, kerajaan perlu tawar bantuan kewangan kepada industri

Lim-Guan-Eng.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 9 DIS: Kerajaan harus menawarkan bantuan kewangan yang besar kepada industri pelancongan untuk mengimbangi kerugian dalam pendapatan sebanyak RM54 bilion untuk sembilan bulan pertama 2020.

Ahli parlimen Bagan, Lim Guan Eng berkata, kerajaan juga perlu membetulkan unjuran palsu 61.1 peratus dan 58.4 peratus kadar penghunian hotel untuk tahun 2020.

“Kesan Covid-19 terhadap industri pelancongan dapat dibuktikan dengan penurunan kedatangan pelancong sebanyak 78.6 peratus antara Januari dan September tahun ini iaitu hanya 4.3 juta kedatangan pelancong, berbanding 20.1 juta pada tempoh yang sama pada 2019.

Advertisement

“Jumlah kedatangan pelancong yang lebih rendah juga menunjukkan penurunan terimaan daripada pelancongan sebanyak 80.9 peratus kepada RM12.6 bilion untuk sembilan bulan pertama tahun ini berbanding RM66.1 bilion untuk tempoh yang sama pada tahun 2019.

“Industri pelancongan adalah mangsa terbesar krisis ketidakstabilan politik, kemelesetan ekonomi dan bencana kesihatan awam Covid-19 di Malaysia,” kata Guan Eng dalam satu kenyataan semalam.

Setiausaha Agung DAP itu berkata, kerugian pendapatan pelancongan sebanyak RM54 bilion untuk sembilan bulan pertama tahun ini telah melumpuhkan industri pelancongan.

Advertisement

Ia juga katanya, mengakibatkan kehilangan pekerjaan berikutan penutupan bukan sahaja hotel, agensi pelancongan dan pengendali tetapi juga mengancam industri penerbangan.

Tambah beliau lonjakan jumlah jangkitan Covid-19 mencecah rekod 1,600 meskipun dengan pelonggaran perintah sekatan, industri pelancongan akan tetap bergantung pada “talian hayat”.

“Krisis Covid-19 Malaysia berada dalam keadaan yang lebih buruk berbanding di Indonesia, 2.234 kes per juta penduduk dilaporkan di Malaysia berbanding 2.096 kes per juta di Indonesia.

Advertisement

“Jumlah kes Covid-19 dijangka melebihi jumlah 86,619 kes di China dalam 10 hari akan datang,” ujarnya.

Tamba beliau kegagalan menangani krisis berganda telah memalukan Malaysia kerana menjadi negara ASEAN pertama menerima penurunan penarafan kredit negara oleh agensi penarafan Fitch, iaitu buat pertama kali sejak Krisis Kewangan Asia 1997/98.

“Malangnya, kerajaan tiada langkah bantuan kewangan mencukupi untuk mengimbangi kerugian RM54 bilion dalam terimaan pelancongan. Pemberian kewangan dan kredit pinjaman tidak mencukupi.

Advertisement

“Malah keluhan paling besar adalah kesukaran mendapatkan pinjaman daripada pihak bank.

“Namun kerajaan terus mengambil pendekatan tidak menerima kenyataan dan mengelak kebenaran dengan meramalkan bahawa purata penghunian hotel untuk tahun 2020 akan menjadi 61.1 peratus dan 58.4 peratus pada 2021.

“Unjuran palsu dan tidak realistik seperti ini tidak membantu industri pelancongan untuk terus bertahan,” katanya lagi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top