BM | EN | 中文

Penuntut UPSI terima anugerah Ikon Siswa Johor

Anugerah-Ikon-Siswa-Johor.png
Advertisement

JOHOR BAHRU, 27 SEPT: Dorongan rakan dan pihak universiti supaya menghadiri temu duga bagi Anugerah Ikon Siswa Johor 2020 (AISJ 2020) membawa tuah buat seorang penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), apabila membolot dua anugerah, hari ini.

Muhammad Nur Aiman Mohd, 22, menerima Anugerah Menteri Besar Johor – Ikon Siswa Johor serta Anugerah Siswa Johor Terbaik (Akademik) dan menerima hadiah wang tunai RM3,000, yang disampaikan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya Johor Mazlan Bujang.

Ketika ditemui pemberita selepas majlis anugerah berkenaan, pelajar semester empat Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Bahasa Melayu itu berkata beliau pada mulanya tidak berniat untuk menghadiri temu duga itu kerana berada di Pulau Pinang.

Advertisement

“Tetapi atas dorongan keluarga, rakan-rakan dan pengurusan UPSI, saya pergi juga temu duga berkenaan dan Alhamdulilah, saya memperolehi dua anugerah ini. Saya bersyukur dan amat berterima kasih kepada pihak pengurusan UPSI yang sentiasa menyokong para pelajarnya untuk melibatkan diri dalam pelbagai program,” katanya

Muhammad Nur Aiman dipilih berdasarkan kecenderungannya memberi khidmat menyantuni masyarakat menerusi program sukarelawan yang memberi manfaat kepada komuniti.

Sementara itu, Mazlan dalam ucapannya berkata penglibatan mahasiswa dalam persatuan membolehkan golongan itu menyumbangkan idea kreatif, inovatif dan sumber tenaga bagi menjayakan agenda pembangunan masyarakat.

Advertisement

“AISJ pula bukan sekadar menghargai usaha mahasiswa dalam pembangunan masyarakat tetapi dalam skop yang lebih luas, iaitu menjadi medan dalam melahirkan insan yang seimbang dalam aspek kepimpinan, sukan, kebudayaan, kesukarelawan, inovasi dan keusahawanan atas penglibatan mereka bersama masyarakat setempat,” katanya.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top