BM | EN | 中文

Penunggang motosikal wanita maut dirempuh lori

IMG-20200214-WA0034.jpg

JOHOR BAHRU, 15 FEB: Seorang penunggang motosikal wanita maut selepas terlibat dalam satu kemalangan dengan sebuah lori tiga tan di Jalan Banang Satu, Taman Johor, pagi semalam.

Mangsa, Henrin Sihite, 34, yang merupakan seorang warganegara Indonesia disahkan maut di lokasi kejadian.

Komander Operasi dari Balai Bomba Penyelamat (BBP) Larkin Pegawai Bomba Kanan II Nazarudin Yusof berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan itu pada jam 11.56 pagi.

Katanya, 12 anggota beserta dua jentera dan dua buah unit motosikal dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, didapati mangsa yang terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh petugas perubatan.

“Saksi memberitahu kedua-dua kenderaan tersebut dilaluan yang sama dan ingin membelok ke kiri, namun lori tersebut dipercayai telah melanggar motosikal dan menyebabkan penunggang motosikal terjatuh ke bawah lori,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, mangsa kemudiannya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut manakala operasi ditamatkan pada jam 12.50 tengahari.

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top