BM | EN | 中文

PENUNGGANG MOTOSIKAL MAUT, PEMBONCENG CEDERA DALAM KEJADIAN LANGGAR LARI

IMG-20191030-WA0005-e1572402897858.jpg
Advertisement

KOTA TINGGI, 30 OKT : Seorang wanita maut selepas motosikal jenis SYM Bonus ditunggang terlibat kemalangan dipercayai dengan sebuah lori di KM 44 Jalan Kota Tinggi – Kluang, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.50 petang itu, mangsa yang dikenali Suleianah Rahim, 35 maut di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Ahsmon Bajah berkata, dalam kejadian tersebut, dipercayai motosikal terlibat yang dinaiki penunggang wanita berusia 35 tahun dan pembonceng wanita berusia 24 tahun dalam perjalanan dari arah Kluang menghala ke arah Kota Tinggi.

Advertisement

Katanya, semasa sampai di tempat kejadian motosikal tersebut telah bergesel dari arah belakang oleh sebuah kenderaan dipercayai lori.

“Akibat dari pelanggaran tersebut kedua-dua mangsa telah tercampak ke atas jalan. Penunggang motosikal telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Manakala, pembonceng mengalami kecederaan parah dan dirawat di Hospital Kluang,” katanya kepada JohorKini hari ini.

Advertisement

Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) APJ 1987 dan usaha mengesan lori terlibat sedang dilakukan.

Beliau turut menyeru kepada orang ramai agar memberikan kerjasama jika ada yang menyaksikan kejadian kemalangan itu dengan tampil ke balai polis berdekatan bagi membantu siasatan.

“Pihak polis juga mengingatkan kepada orang ramai supaya lebih berhati-hati dan sentiasa peka dengan keadaan keselamatan dijalan raya.

Advertisement

“Sentiasa pastikan kenderaan dalam keadaan baik dan selamat ketika memulakan perjalanan,” katanya lagi.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top