BM | EN | 中文

PENUNGGANG MOTOSIKAL MAUT KEMALANGAN

accident-12.jpg
Advertisement

MERSING, 22 OKT : Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggang terlibat kemalangan dengan sebuah kereta di KM 4 Jalan Nitar-Mersing berhadapan Politeknik Mersing, pagi tadi.

Kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu menyebabkan mangsa dikenali sebagai Amir Aizzat Mahsar, 28 maut di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Mersing, Superintendan Cyril Edward berkata, siasatan awal polis mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila Perodua Alza dalam perjalanan dari arah Mersing menuju ke Nitar.

Advertisement

Menurutnya, ketika tiba di tempat kejadian motosikal jenis Yamaha R25 telah berlanggar dengan Perodua Alza yang datang dari arah bertentangan.

“Akibat pelanggaran, penunggang motosikal seorang lelaki tempatan berumur 28 tahun telah terpelosok di bawah Perodua Alza.

“Penunggang motosikal mendapat kecederaan parah dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Advertisement

“Mayat telah dibawa ke Hospital Mersing untuk tujuan bedah siasat. Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, Komander Operasi Balai Bomba Penyelamat (BBP) Mersing, Pegawai Bomba Kanan II Anuar Hussine berkata, pihaknya bergegas ke tempat kejadian bersama tujuh anggota dan sebuah jentera sebaik menerima laporan kejadian itu.

“Setibanya jentera di lokasi kejadian, didapati benar berlaku kemalangan jalanraya melibatkan sebuah motosikal jenis Yamaha R25 dengan sebuah kereta jenis Perodua Alza.

Advertisement

“Mangsa maut diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya dan operasi ditamatkan pada jam 9.09 pagi,”katanya.

 

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top