BM | EN | 中文

PENUNGGANG MOTOSIKAL MAUT KEMALANGAN BABIT TIGA KENDERAAN

kemalangan-pasir-gudang.jpg
Advertisement

PASIR GUDANG, 6 DIS ; Seorang penunggang motosikal maut dalam kemalangan membabitkan tiga buah kenderaan di Jalan Bandar Pasir Gudang, petang semalam.

Mangsa dikenali sebagai Zayyad Zulkifly, 29 beralamat di Kampung Kopok Baru Pasir Gudang meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan di bahagian kepala dan kaki kanan.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Ismail Dollah berkata, pihak polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam menerima maklumat tentang kemalangan itu pada jam 3.50 petang.

Advertisement

“Hasil siasatan mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila pemandu kereta pertama yang dipandu dari arah Pasir Puteh menghala Pasir Gudang telah hilang kawalan.

“Ekoran itu kereta berkenaan telah melanggar belakang kereta belajar memandu yang dipandu pelajar bersama guru memandunya yang berada di lorong kiri.

“Akibat perlanggaran tersebut, kenderaan belajar memandu telah berpusing ke kanan dan melanggar pembahagi jalan,”katanya dalam satu kenyataan.

Advertisement

Jelasnya, pada masa sama sebuah motosikal dari arah sama yang ditunggang oleh mangsa di lorong kanan tidak sempat mengelak lalu terlanggar bahagian kanan kenderaan belajar memandu berkenaan.

“Mayat penunggang motosikal berkenaan dibawa ke Hospital Sultan Ismail (HSI) untuk urusan bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,”katanya lagi.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top