BM | EN | 中文

PENUNGGANG MOTOSIKAL MAUT DALAM PERJALANAN KE TEMPAT KERJA

motosikal.jpg
Advertisement

PASIR GUDANG, 10 DIS : Seorang lelaki maut selepas motosikal ditungganginya dilanggar sebuah bas dari arah belakang dalam satu kemalangan di Jalan Pekeliling, pagi hari ini.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintenden Ismail Dollah memberitahu, kemalangan itu dilaporkan berlaku pada pukul 7.45 pagi tadi.

“Ketika kejadian, mangsa yang berusia 51 tahun sedang berada di laluan kanan untuk membelok masuk ke kilang Malaysia Marine and Heavy Engineering (MMHE) sebelum dirempuh bas yang berada di belakang mangsa.

Advertisement

“Akibat kemalangan itu, mangsa tercampak ke tengah jalan sebelum disahkan maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambah Ismail, mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Sultan Ismail untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top