BM | EN | 中文

Penunggang maut motosikal terbabas selepas langgar lembu

lelaki-maut-langgar-lembu-e1582081179885.jpg

Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggang hilang kawalan sebelum terbabas dipercayai akibat melanggar lembu di Jalan Tenggaroh- Tanjung Leman, kelmarin.

Advertisement

MERSING, 19 FEB : Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggang hilang kawalan sebelum terbabas dipercayai akibat melanggar lembu di Jalan Tenggaroh- Tanjung Leman, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Mersing Superintendan Cyril Edward Nuing berkata, kejadian kira-kira jam 9.58 malam itu berlaku ketika mangsa yang berusia 20 tahun dalam perjalanan dari arah Felda Tenggarah 3 menuju ke Felda Tenggaroh 2.

“Semasa melalui lokasi kejadian, mangsa dipercayai telah terlanggar lembu menyebabkan motorsikal ditunggangi hilang kawalan dan terbabas ke bahu kanan jalan.

Advertisement

“Mangsa yang berasal dari Jemaluang Mersing itu dirujuk ke Klinik Kesihatan Felda Tenggaroh 2 dan disahkan meninggal dunia di klinik terbabit,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, siasatan lanjut kes berkenaan dilakukan di bawah 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top