BM | EN | 中文

Penunggang basikal di Iskandar Puteri maut dirempuh kereta

kemalangan-1.jpg
Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 30 DIS: Seorang penunggang basikal berusia 41 tahun maut selepas dirempuh sebuah kenderaan dari arah belakang dalam satu kejadian di Jalan Kampung Lalang, Sungai Melayu di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, kemalangan itu dipercayai berlaku pada pukul 7.20 pagi.

Menurut beliau, pemandu kereta jenis Proton Persona yang melanggar mangsa kemudian terus beredar meninggalkan lokasi.

Advertisement

“Hasil siasatan mendapati, kemalangan dipercayai berlaku apabila pemandu kereta hilang kawalan sebelum merempuh mangsa dari arah belakang.

“Akibat kemalangan itu, basikal mangsa tercampak ke tengah jalan sebelum mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala,” katanya dalam satu kenyataan, di sini semalam.

Tambah beliau, mangsa kemudiannya dilaporkan meninggal dunia di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru akibat kecederaan tersebut pada pukul 6.50 petang, semalam.

Advertisement

“Pemandu kereta jenis Proton Persona itu dikenal pasti sebagai seorang lelaki berusia 25 tahun. Setakat ini masih belum ada tangkapan dibuat dan kes masih dalam siasatan lanjut,” ujarnya.

Kes disiasat mengikut Seksyen Sek 43(1)(a) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top