BM | EN | 中文

Penumpang cedera parah, pemandu cedera ringan kereta terbabas

IMG-20200224-WA0011.jpg

Toyota Vios berkenaan yang terbabas di jalan utama Taman Daiman Jaya, petang semalam.

Advertisement

KOTA TINGGI, 24 FEB : Seorang penumpang kereta cedera parah, manakala pemandunya cedera ringan selepas kenderaan jenis Toyota Vios dinaiki terbabas di jalan utama Taman Daiman Jaya, petang semalam.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II Ibrahim Abd Wahid berkata, pusat gerakan operasi negeri Johor menerima panggilan kecemasan kemalangan jalan raya itu melalui panggilan Mers999 pada jam 3.17 petang.

Katanya, sebuah jentera dari Balai Bomba Penyelamat (BBP) Kota Tinggi dengan kekuatan seramai tujuh orang anggota telah dihantar ketempat kejadian.

Advertisement

“Setibanya pasukan keluaran operasi dilokasi kejadian, didapati benar berlaku kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Toyota Vios telah terbabas.

“Terdapat seorang mangsa wanita dewasa berusia 51 tahun cedera parah dan seorang lelaki dewasa berusia 24 tahun yang merupakan pemandu cedera ringan.

“Kesemua telah dihantar ke Hospital Kota Tinggi bagi menerima rawatan lanjut,”katanya dalam satu kenyataan.

Advertisement

Tambahnya, operasi ditamatkan pada jam 3.47 petang.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top