BM | EN | 中文

PENULISAN KARYA SASTERA AKAN DIPERLUAS KE SEMUA DAERAH DI JOHOR

IMG-20191118-WA0011.jpg
Advertisement

 

Oleh: Khairul Mohd Ali

JOHOR BAHRU, 18 NOV: Kerajaan negeri akan memperluaskan pelaksanaan program berkaitan penulisan karya sastera Bahasa Melayu di peringkat sekolah ke seluruh negeri.

Advertisement

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebudayaan dan Warisan negeri, Mohd Khuzzan Abu Bakar berkata, langkah itu bagi memastikan penulisan sastera Bahasa Melayu terus subur.

Menurut beliau, pelaksanaan program khususnya itu akan memberi penekanan kepada generasi muda.

“Kami telah mengadakan perbincangan untuk mengadakan bengkel penulisan khususnya di peringkat sekolah melibatkan semua daerah di negeri ini.

Advertisement

“Bengkel ini meliputi penulisan sastera seperti esei, cerpen dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan Majlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah Pertandingan Mencipta Buku Skrap Citra Bahasa Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) – Bank Simpanan Nasional (BSN) Negeri Johor dan Anugerah Citra Majalah Sekolah diadakan di Wisma Muafakat BSN Johor, di sini hari ini.

Hadir sama, Pengarah DBP Wilayah Selatan, Norhafizah Mohamed Husin dan Pengarah BSN Negeri Johor, Mohd Hairul Izam Abu Bakar.

Advertisement

Sementara itu, Mohd Khuzzan turut memberitahu pihaknya giat mempromosi budaya seni dan warisan tempatan ke peringkat antarabangsa, termasuk di Jepun.

“Kami telah menyertai satu festival kebudayaan di Jepun pada 2 hingga 4 November lalu untuk mempromosikan warisan tempatan.

“Pada festival itu, kita telah mempromosi permainan tradisional masyarakat antaranya permainan batu seremban dan congkak,” ujarnya.

Advertisement

Tambah beliau, pihaknya juga telah bersetuju membawa penari kebudayaan Jepun ke negeri ini sempena penganjuran Festival Hujung Medini tahun depan.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top