BM | EN | 中文

Penularan keluarga punca Johor Bahru kekal zon merah

Johor-Bahru-JB-Bangunan-Sultan-Ibrahim.jpg

The majestic Bangunan Sultan Ibrahim at Bukit Timbalan here in Johor Baru.

Advertisement

JOHOR BAHRU, 22 APR: Johor Bahru kekal berada di zon merah susulan penularan berskala besar dalam keluarga disebabkan majlis sosial.

Exco Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, R Vidyananthan berkata, wabak Covid-19 masih lagi ketara di Johor, dengan Johor Bahru masih lagi berada di zon merah sehingga kini.

Menurutnya, sehingga Selasa, kumulatif kluster aktif di Johor adalah sebanyak 51 kluster.

Advertisement

“Sebanyak 24 kluster atau 47 peratus adalah penularan dalam industri, 15 kluster (29 peratus) di dalam komuniti, enam kluster (12 peratus) di dalam institusi, satu kluster (dua peratus) di pasar raya, satu kluster import (dua peratus) membabitkan kru kapal dan empat kluster (lapan peratus) membabitkan tahanan.

“Sehingga semalam (Selasa) sebanyak 102 kes baharu dilaporkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di negeri ini membabitkan 31 kes atau 30 peratus adalah daripada kluster aktif dan kluster baharu di negeri ini.

“Ini menjadikan jumlah kumulatif kes sebanyak 43,533 kes di seluruh Johor,” katanya, lapor SH Online.

Advertisement

Jelas beliau, sebanyak 42,005 kes pulih iaitu 97 peratus daripada jumlah keseluruhan kes, dengan 1,417 kes Covid-19 yang aktif dan telah pun diasingkan dan diberi rawatan sama ada di rumah atau di hospital/PKRC.

“Kita mengharapkan kerjasama daripada masyarakat untuk memastikan rantaian Covid-19 ini dapat diputuskan.

“Masyarakat diingatkan agar sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) iaitu elakkan 3S (sempit, sesak, sembang rapat) selain memakai pelitup muka, membasuh tangan atau menggunakan cecair pembasmi kuman,” katanya.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top