BM | EN | 中文

Penukaran kereta wajar, dibuat dengan penuh kesedaran – Exco

solihan-mugshot-01-01-scaled.jpg

JOHOR BAHRU, 16 FEB: Pembelian kenderaan baharu buat Menteri Besar dan barisan Exco negeri dibuat dengan penuh kesedaran dalam memastikan wang kerajaan negeri tidak dibelanjakan secara boros.

Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur negeri, Mohd Solihan Badri berkata, penukaran kereta itu merupakan satu keperluan.

Katanya, kenderaan sebelum ini sudah berusia lebih lima tahun, manakala kilometer (km) penggunaannya sudah melebihi 350,000 km.

“Menurut Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom), purata kenderaan Exco bergerak setahun adalah sejauh 20,000 km.

“Ini bermakna kereta exco seperti kenderaan yang sudah berusia 15 tahun,” katanya kepada JohorKini berhubung pembelian kenderaan baharu buat Menteri Besar dan barisan Exco negeri.

Baru-baru ini tular sebuah gambar yang menunjukkan beberapa buah kenderaan baharu dipercayai bagi kegunaan pemimpin kerajaan negeri dijadikan isu oleh pihak pembangkang.

Tambah Mohd Solihan, beberapa kenderaan milik exco sebelum ini pernah mengalami kerosakan di tepi jalan ketika digunakan.

“Kebanyakan kereta, termasuk milik saya pernah rosak dlm perjalanan. Terbaharu pada 4 Februari lalu, kereta rasmi Exco Pelancongan rosak di tepi jalan.

“Adakah rakyat mahu melihat Exco Kerajaan Johor, sebuah negeri yang maju ini tersadai di tepi jalan dan lewat sampai ke program kerajaan atau balik kawasan,” soalnya.

Sebelum ini, Menteri Besar, Datuk Dr Sahruddin Jamal juga telah memaklumkan berhubung pembelian kenderaan baharu tersebut bagi menggantikan kenderaan lama.

Johorkini

Tags: Mohd Solihan Badri, exco, kereta, baharu, tukar
Kategori: Johor

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top