BM | EN | 中文

Pentadbiran kerajaan negeri beroperasi seperti biasa

Dzulkefly-Ahmad-mugshot-01-scaled.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 26 FEB: Pentadbiran kerajaan negeri terus beroperasi seperti biasa walaupun negara sedang dilanda kemelut politik sama ada di peringkat pusat dan negeri.

Exco Perumahan, Komunikasi Dan Multimedia negeri, Dzulkefly Ahmad berkata, sehubungan itu rakyat tidak perlu berasa gusar.

“Kerajaan negeri dan barisan Exco akan terus menjalankan tanggungjawab sehingga ada pelantikan baharu.

Advertisement

“Tetapi kita akan mengambil sikap berhati-hati dan tiada pembuatan sebarang polisi baharu ketika ini,” katanya dalam sidang media yang diadakan di Hotel Thistle, di sini hari ini.

Turut hadir, Speaker DUN Johor, Suhaizan Kaiat dan Exco Pendidikan, Kesihatan dan Sumber Manusia negeri, Aminolhuda Hassan.

Sementara itu, Suhaizan turut memberitahu, pentadbiran kerajaan negeri tidak sama dengan pentadbiran kerajaan pusat.

Advertisement

“Peringkat negeri tidak ada ‘caretaker government’, jadi selagi tidak berubah kedudukan asal adalah sah, berbeza dengan kerajaan persekutuan.

“Selagi tiada perubahan maka kedudukan asal kekal, begitu juga kedudukan di dalam dewan (DUN),” tambahnya.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top