BM | EN | 中文

PENJUALAN KAD PENGENALAN- POLIS KERJASAMA DENGAN JPN DAN IMIGRESEN

IMG-20191006-WA0005.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 6 OKT : Perbincangan tiga penjuru antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) sedang rancak dijalankan bagi menangani kes sindiket penjualan kad pengenalan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, pasukan petugas khas atau CID dari Bukit Aman juga sentiasa mendapatkan kerjasama daripada kedua-dua agensi itu.

“Mereka sedang meneliti satu persatu kad-kad pengenalan yang diragui itu. Memang ada karektoristiknya.

Advertisement

“Nak semak 33 juta kad pengenalan rakyat Malaysia… tidak cukuplah kena pakai ‘super’ komputer untuk detect (kesan),” katanya ketika ditanya tentang perkembangan kes berkenaan.

Terdahulu, beliau menyempurnakan Istiadat Penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara 2/2019 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor (IPK), di sini, hari ini.

Tambahnya lagi, bagaimanapun, JPN  dan Imigresen mempunyai cara tertentu mengenalpasti kepalsuan kad pengenalan itu.

Advertisement

“JPN dan Imigresen tahu tanda-tanda sesuatu yang boleh syak dan perkara itu telah dibangkitkan dalam mesyuarat jawatankuasa khas ini.

“Kita telah mendapat arahan daripada kerajaan supaya sebarang kemusykilan yang timbul berhubung perkara ini dihapuskan serta merta menerusi siasatan yang menyeluruh,” katanya.

Beliau memberitahu, setakat ini tiada tangkapan terbaru dibuat dan siasatan berterusan itu penting supaya tidak timbul syak dakwaan menyatakan berlaku penjualan kad pengenalan (MyKad), kewarganegaraan, sijil kelahiran.

Advertisement

“Kita nak hapuskan keraguan berkenaan,” katanya.

Polis sebelum ini memburu saki-baki sindiket mendapatkan dokumen perjalanan dan dokumen pengenalan diri secara palsu, dipercayai didalangi pegawai kanan JPN Pulau Pinang.

Setakat ini, seramai 20 suspek yang ditahan adalah mereka yang terbabit dalam membuat, memperoleh, memberi, menjual dan memiliki satu dokumen perjalanan diri palsu.

Advertisement

Ia dikatakan bertujuan memudahkan aktiviti keluar dan masuk ke negara ini oleh individu bukan warganegara Malaysia atau permastautin tetap (PR).

 

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top