BM | EN | 中文

PENJAWAT AWAM JOHOR TERIMA SATU BULAN GAJI ATAU MINIMUM RM2,000

Bonus-1.jpg
Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 21 NOV : Seramai 13,400 penjawat awam di negeri ini bakal menerima bantuan khas kewangan sebanyak sebulan gaji atau minimum RM2,000.

Menteri Besar Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal berkata, pemberian inisiatif berkenaan adalah melibatkan peruntukan kewangan sebanyak RM34.78 juta.

Katanya, bantuan khas kewangan itu juga akan dibayar sebanyak dua kali iaitu sebelum akhir tahun ini dan sebelum perayaan Aidilfitri tahun depan.

Advertisement

“Bagi menghargai jasa penjawat awam, kerajaan negeri bersetuju memberikan bantuan khas kewangan yang dibayar dua kali,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika katanya ketika membentangkan Belanjawan Johor 2020 pada Mesyuarat Ketiga (Belanjawan 2020) Bagi Penggal Persidangan Kedua Dewan Negeri Johor Yang Ke-14, di sini hari ini.

Sahruddin berkata, bantuan khas kewangan ini turut dipanjangkan kepada kakitangan kerajaan negeri dan kakitangan awam persekutuan yang dibayar gajinya oleh kerajaan negeri.

Advertisement

“Selain itu, ia juga diberikan kepada Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Johor, Speaker Dewan Negeri, Timbalan Speaker Dewan Negeri serta Adun.

“Di samping itu, Ahli Jumaah Majlis DiRaja Johor dan Ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Johor (SPAJ), guru Kafa, petugas pusat pemulihan dalam komuniti (PDK) dan guru-guru Tadika Islam Johor (TAJ),” katanya lagi.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top