BM | EN | 中文

Penjawat awam Johor terima bantuan khas

Penjawat-awam-Johor-terima-bantuan-khas.jpg

Gambar Ehsan UKOM Pejabat MB Johor

Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 18 NOV: Kakitangan kerajaan negeri dan kakitangan awam persekutuan yang dibayar gaji oleh kerajaan negeri Johor, bakal menerima bantuan khas kewangan sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM1,000.

Mengumumkan perkara itu, Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohammad berkata ia adalah sebagai menghargai jasa dan khidmat penjawat awam yang telah menjayakan agenda pembangunan dan kebajikan negeri, sekaligus menjadi tulang belakang kepada kelancaran pentadbiran.

“Bantuan khas kewangan ini juga akan dipanjangkan kepada semua guru kelas Al Quran dan Fardhu Ain (KAFA), petugas pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) dan guru tadika Islam Johor (TAJ).

Advertisement

“Bantuan khas kewangan ini akan dibayar sebelum akhir tahun ini,” kata beliau ketika membentangkan Bajet Johor 2022 pada hari pertama Persidangan Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor Ke-1 4 di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar, di sini hari ini.

Sementara itu, Hasni berkata sebanyak RM90 juta akan digunakan bagi meneruskan program bantuan Kasih Johor dengan menambah bilangan penerima kepada 450,000 daripada 300,000 yang terdiri daripada golongan 640.

Malah, beliau berkata pemberian wang tunai secara ‘one-off kepada setiap pelajar sekolah rendah dan menengah dari keluarga yang berpendapatan RM3,001 hingga RM 7,000 akan diteruskan pada tahun hadapan.

Advertisement

“Inisiatif ini adalah bagi melengkapkan bantuan awal persekolahan yang diberi oleh kerajaan Persekutuan bagi golongan berpendapatan di bawah RM3,000. Sejumlah RM33 juta akan diperuntukkan dan memanfaatkan 220,000 pelajar.

“Bagi golongan asnaf, sebanyak RM500,000 akan diperuntukkan untuk kebajikan sosial dan institusi untuk memanfaatkan anak-anak yatim, warga tua yang tidak benvaris, persatuan orang kurang upaya dan lain-lain,” kata Hasni.

Menteri Besar berkata kerajaan negeri juga akan meneruskan pemberian peruntukan khas sebanyak RM5 juta kepada Yayasan Sultanah Rogayah dan RM7 juta kepada Yayasan Sultanah Fatimah.

Advertisement

Turut akan dilaksana ialah Projek Ekonomi Rakyat dan Kumpulan Sasar (PERKASA), yang dahulunya dikenali sebagai Projek Pembangunan Ekonomi Johor (PROPER) oleh Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim (YPKDT) bagi memperbaiki keadaan ekonomi rakyat terutamanya masyarakat luar bandar.

“Projek ini memberi peluang pekerjaan datam sektor tani secara kecil-kecitan kepada 16 komuniti setempat tanpa mengira kaum, getandangan dan orang kurang upaya (OKU). Peruntukan bagi inisiatif ini adalah sebanyak RM300.000,” kata Hasni.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top